MENTERI GRS AKUI TUDUHAN WARISAN MEMBERIKAN IC KEPADA PTI ADALAH FITNAH




Seorang Menteri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mengesahkan bahawa Kerajaan Warisan yang terdahulu tidak pernah mengeluarkan kad pengenalan diri atau MyKad kepada pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah.

Dalam sesi perbahasan Dewan Undangan Negeri Sabah semalam, Datuk Abidin Madingkir yang merupakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri dan Naib Presiden STAR telah mengaku bahawa Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kad pengenalan diri kepada mana-mana individu.


Beliau menjawab satu persoalan tentang isu yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini, di mana kad pengenalan dikatakan telah diberi kepada PTI.

Susulan itu, Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal telah mencelah untuk mendapat kepastian.

“Jadi kamu kata, Kerajaan Negeri tidak ada kuasa memgeluarkan MyKad, betul?”

“Saya cuma mahu dapat kepastian kerana di luar sana, khususnya semasa Pilihan Raya, macam-macam tuduhan dilempar terhadap saya, kononnya saya bagi MyKad.”

“Tapi sejak bila pula Ketua Menteri boleh bagi MyKad?”

“Jadi saya mahu ini ‘on record’ supaya disahkan bahawa saya tidak pernah mengeluarkan MyKad, dan Kerajaan Warisan juga tidak pernah mengeluarkan PSS.”

“Kalau saya jumpa mana-mana pertuduhan lagi, saya akan saman.”

Untuk rekod, beberapa pemimpin GRS, khususnya dari STAR dan PBS telah sebelum ini mendakwa bahawa Warisan telah mengeluarkan kad pengenalan diri kepada PTI.

Fitnah tersebut juga diulangi semasa Pilihan Raya Negeri Sabah dan di media sosial.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PERJUDIAN GELAP MAKIN BERLELUASA DI KOTA MARUDU.SABAH

ASAL USUL ETNIK RUNGUS