HAYATI ERTI UNITY DI AIDILFITRI



Setelah sebulan berpuasa, tibalah masanya kita menyambut hari raya. Aidilfitri adalah sambutan kemenangan. Kegembiraan bagi orang berpuasa adalah apabila ia berbuka, dan apabila bertemu dengan tuhannya.

Puasa adalah ibarat sebuah perjuangan. Ia mengajar manusia untuk berdisiplin, memperbaiki diri dalam masa yang sama merasai kesusahan dan kelaparan orang lain yang selama ini hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Ramadhan mengajar kita untuk menghayati perkataan U.N.I.T.Y yang selama ini menjadi slogan dan roh perjuangan rakyat.

Marilah kita sama sama mengkoreksi diri adakah benar, perkataan Unity ini adakah benar benar kita amalkan atau sekadar hanya kata kata.

Unity yang sebenar datang dari hati yang ikhlas ingin melihat masa depan yang lebih baik.

Masa depan akan jadi lebih baik apabila sesama kita saling bantu membantu , tiada prasangka, tidak saling dengki mendengki, dan sebagainya. Sebaliknya, marilah kita maju ke depan bersama. Saling sokong menyokong dan saling bantu membantu.

Kita bersyukur kerana usaha menyatukan Warisan dan PBS mendapat reaksi positif dari kalangan pimpinan dan akar umbi kedua dua belah pihak.

Warisan dan PBS lahir atas dasar yang sama iaitu Kebangkitan Rakyat melawan pemimpin zalim.

PBS dan Warisan mempunyai slogan yang sama iaitu BERSATU/ UNITY.

Akar umbi PBS perlu melihat ke hadapan dengan hati terbuka. Masa depan PBS dalam Gabungan GRS tidak akan cerah. Lihat saja, PBS mempunyai kerusi DUN lebih banyak dari STAR, tetapi hanya mendapat jawatan Timbalan Ketua Menteri III berbanding STAR yang hanya memenangi kerusi lebih sedikit mendapat Kerusi Timbalan Ketua Menteri II dan portfolia kementerian yang lebih kanan.

PBS perlu sedar, STAR akan berkembang terutama di kawasan pedalaman dengan cara "memakan" ahli ahli PBS.

Pemuda STAR sendiri secara sombong dan terbuka pernah berkata zaman PBS telah berlalu.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/28/ahli-setahun-jagung-star-jangan-masuk-campur-urusan-kami-kata-ketua-pemuda-pbs/

PBS perlu sedar. Kerajaan PN yang mereka dokong hari ini tidak pernah ikhlas melayan perjuangan rakyat Sabah terutama janji MA63.

Sabah perlu dipimpin oleh pemimpin yang rupanya, hatinya dan jiwanya orang Sabah. Bukan yang rupanya orang Sabah tapi tuannya penjajah.

Sempena Aidilfitri, di hari dan bulan yang baik, impian rakyat Sabah adalah apabila Dua Parti yang asas perjuangannya sama ini dapat BERSATU/UNITY dan seterusnya mengembalikan era Pentadbiran Kerajaan Sabah yang dipimpin oleh Parti tempatan. Amiiin.

Bro Tsabbit
Tongod,
The heart of Sabah.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?