KENAPA WARISAN PILIHAN TEPAT UNTUK ANAK SABAH?



Semangat orang Sarawak mengurus negeri mereka sendiri adalah lebih yakin berbanding dengan orang Sabah yang lebih mementingkan survival politik sendiri sanggup berselindung dengan parti luar dari Malaya seperti PPBM dan UMNO.

Sejarah politik Sabah bukan lagi menjadi satu rahsia umum, persaingan di antara agama Islam dan Kristian sudah berakar umbi tetapi pada realitinya hubungan kedua-dua agama ini adalah paling mantap tetapi ada segelintir ahli politik mengambil kesempatan menggunakan isu agama dan suku hanya semata-mata untuk meraih sokongan politik saja.

Kemuncak hubungan agama yang paling teruk adalah semasa pemerintahan parti PBS, menjadi kerajaan dari 1985-1994 yang disifatkan sebuah kerajaan Kristian sehingga bumiputera Islam sanggup bersekongkol dengan UMNO untuk melebarkan sayapnya di Sabah untuk menggantikan peranan USNO. Pada ketika itu, pemimpin bumiputera Islam saling bercakaran, dan parti USNO menjadi lemah kerana menjadi parti miskin dan logistiknya tidak teratur.

Jika dibuat perbandingan dengan Sarawak, walaupun ada persamaan dengan Sabah dari aspek kedudukan etnik dan agama, tetapi pemimpin politiknya bersatu-padu sehingga parti dari luar kurang mendapat sambutan dan gabungan parti-parti tempatan saling bekerjasama menjaga hak-hak Sarawak.

Kesan dan perbandingan di antara Sabah dan Sarawak dari aspek kemajuan dan kestabilan politik, Sarawak lebih ke hadapan, malahan negeri itu bakal menjadi paling maju di negara ini berdasarkan sumber aslinya banyak diurus dengan baik.

Selain itu, keduduakan politik Sarawak digunakan sebagai senjata untuk kuasa tawar-menawar (Bargaining power) bagi setiap menghadapi tuntutan hak-hak mereka ke atas kerajaan Persekutuan.

Jika dilihat sejarah Sabah yang pernah ditadbir oleh parti politik dari Malaya, pemimpin Sabah sering ditekan jika disetiap tuntutan tidak selaras dengan kehendak kerajaan Persekutuan.

Makanya, kehadiran Warisan sebagai menjawab semua persoalan untuk menghapuskan kartel politik dari luar, agar campurtangan yang keterlaluan dalam menentukan arah tuju negeri Sabah. Namun malangnya, aspirasi ini kurang difahami oleh orang Sabah, malah mereka lebih terpengaruh dengan janji-janji ahli politik dengan persepsi kononnya tanpa kehadiran parti politik dari Malaya Sabah tidak boleh maju.

Akhir kata, rakyat Sabah wajar menginsafi diri melihat pencapaian negeri Sarawak, bukannya mendengar retorik dari pemimpin-pemimpin agen Malaya untuk menguras hasil Sabah.

SATURDAY, 3 APRIL 2021
KOTA KINABALU SABAH

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?