GELOMBANG KEMARAHAN RAKYAT EKORAN 6 INDIVIDU DI TAHAN DI KAMPUNG MUHIBAH RAYA, TAWAU
Semalam, seramai enam individu telah ditahan polis kerana menunjuk perasaan di hadapan sekatan jalan raya di Kampung Muhibah Raya, Tawau. Kesemua individu tersebut telah dibawa ke Balai Polis Tawau untuk tindakan lanjut termasuk dikompaun dan juga lima buah motorsikal yang digunakan mereka dalam demontrasi itu.
Alasan mereka melakukan demonstrasi tersebut kerana ingin memprotes keadaan keluarga mereka yang tinggal di kampung berkenaan yang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilanjut tempoh PKPD sehingga mereka kekurangan bekalan makanan dan tidak dapat menjalankan aktiviti harian kerana majoriti penduduk kampung bekerja sendiri.
Lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 memerlukan bantuan diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) serta Belanjawan 2021 agar sampai kepada mereka yang memerlukan secepat mungkin dan tepat pada masanya. Sedangkan ada peruntukan yang sudah diluluskan dalam Belanjawan 2021 seperti Penjana Kerjaya dan MySTEP serta Program Subsidi Upah (PSU). Justeru, tidak timbul isu cukup atau tidak kerana kerajaan dilihat proaktif dalam merangka bantuan kepada rakyat. Apa yang penting adalah memastikan setiap bantuan yang diberi sampai kepada golongan sasar dengan segera segera.
Penahanan enam individu ini telah mencetuskan satu trend di media sosial membabitkan netizen yang menyatakan solidariti bersama mereka dan menggesa supaya pihak berkuasa membebaskan mereka.
Rata-rata warga net mengecam tindakan pihak polis melalui posting mereka yang dimuat naik di akaun Facebook mereka.
----------------------------------------------------------------------------------------
Salam sebagai orang Tawau.
Saya sebagai pengguna Facebook mewakili pengguna media sosial khususnya
Memohon anggota polis yg bertugas
Mohon tampil UTK memohon MAAF secara peribadi atau terbuka.
kepada masyarakat Tawau
Khusus nya yang terkesan
Akibat pkp atau peraturan SOP ini.
Ingat saudara
Pangkat dan Kerjaya itu sementara
Mohon tag Facebook nya
Sebagai anggota polis
Yang bijak kamu harus lah lebih bijak menangani isu ini dan terlebih dahulu beri peluang UTK penjelasan dari golongan wakil suara marhein. Khususnya
#INTEGRITY ???
' kerana nila setitik rosak sebelangga '
#solidarity aman #anakmuda bersuara 👍
#TAWAUBERDAWAI
-----------------------------------------------------------------------------------------
Ramai yang merasa terkilan dengan tindakan pihak PDRM yang sepatutnya menggunakan kebijaksanaan mereka berhadapan dengan masalah ini. Sejak kerajaan Pelaksanaan PKPD ini tidak praktikal kerana menimbulkan banyak masalah dari kebaikan upamanya kebajikan rakyat diabaikan. Justeru itu, kemanakah peruntukan yang diumumkan oleh kerajaan GRS dan kerajaan PN yang berjumlah RM600billion?
Namun agak malang lagi sehingga ada pihak yang mempolitikkan perkara ini dengan meletak kesalahan pada wakil rakyat pembangkang yang mewakili kawasan tersebut.
Ramai beranggapan kerajaan GRS tidak prihatin terhadap permasalahan rakyat kerana sanggup mempertaruhkan hidup dan mati rakyat sebagai bahan politik sehingga tidak mendengar keluhan penduduk Kg. Muhibah walaupun itu adalah kawasan penyokong pembangkang.
Dalam menghadapi pandemik Covid-19 ini, sewajarnya kerajaan GRS melayan rakyat tanpa mengira apa jua fahaman politik mereka kerana rakyat tetap rakyat tanpa rakyat siapalah pemimpin.
SUNDAY, 25 April 2021
KOTA KINABALU SABAH
Comments