JANGAN BIAR BUDAYA "KABEL POLITIK" TENTUKAN MASA DEPAN PENJAWAT AWAM SABAH
1.Campur tangan politik terhadap organisasi perkhidmatan awam hanya akan menyebabkan kacau-bilau di dalam jabatan kerajaan. Sebarang urusan di dalam organisasi perkhidmatan awam perlu diuruskan sendiri oleh ketua jabatan masing-masing termasuklah pertukaran pegawai.
2.Institusi awam mesti dibebaskan daripada dipengaruhi oleh campur tangan kerana dibimbangi penjawat awam terpaksa mengikut arahan orang politik termasuk memberi tekanan kepada musuh politik mereka. Keadaan itu akan menjejaskan kestabilan negara dan mencetuskan sabotaj terhadap kerajaan sedia ada jika berlaku peralihan kuasa.
3.Kita mahu perkhidmatan awam bebas dan berkhidmat dengan kerajaan sedia ada itu konsepnya. Kalau ada campur tangan politik apabila berlakunya peralihan kuasa nanti, kecenderungan individu yang dilantik oleh parti lain masih lagi ada dan akan muncul sabotaj, 'deep state' dan tak mahu bekerjasama. Ini tidak baik kepada kelicinan pentadbiran negara.
4.Pertukaran kakitangan awam adalah kelaziman dalam perkhidmatan awam tetapi setiap pertukaran itu pastinya ada keperluan yang penting bagi setiap kementerian atau jabatan umpamanya kenaikan pangkat atau tujuan yang lain untuk memenuhi keperluan organisasi itu.
5.Dalam kes terkini, hangat diperkatakan berhubung pertukaran Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dikatakan atas arahan ketua menteri Sabah berhubung pelonggaran SOP Covid-19 yang membenarkan makan minum di restoran tetapi tidak dipersetujui oleh MKN dan Jabatan Kesihatan Negeri kerana menurut Datuk Ismail Sabri tidak selaras dengan arahan pusat.
6.Ekoran dari itu, penyokong GRS tidak berpuas hati atas keputusan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah sehingga keputusan Dine-in tidak terlaksana. Sehingga timbul cadangan untuk menukar Datuk Christina Rundi kerana kononnya penyokong Warisan yang mendengar arahan Datuk Shafie Apdal.
7.Akhirnya, desas-desus itu menjadi kenyataan apabila mantan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah itu ditukarkan ke Putrajaya tanpa alasan yang munasabah sehingga rayuan Datuk Dr. Christina Rundi untuk tetap berkhidmat di Sabah tidak dilayan oleh KKM.
8.Sememangnya ini sudah menjadi budaya politik Barisan Nasional/Perikatan Nasional akan menukar mana-mana pegawai kerajaan yang tidak menurut arahan mereka kerana merasa bahawa politik itu yang menguasai kerajaan, bukan dikuasai oleh pentadbiran awam. mendakwa bahawa beliau menentukan siapa daripada
9.Walaupun Dr. Christina Rundi memberi alasan yang konkrit berhubung masalah keluarga dan strategi yang telah disusun atur melawan Covid-19 di Sabah, namun tetap tidak dapat mempengaruhi Persekutuan.
10.Namun yang amat menghairankan tidak ada seorang menteri GRS bangkit untuk mempertahankan agar mantan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dikekalkan di Sabah berdasarkan perkhidmatan yang cemerlang sejak Covid-19 melanda negeri ini.
11.Perpindahan Dr. Christina Rundi ini adalah tidak adil di tengah-tengah rakyat Sabah bergantung harap kepada beliau untuk membasmi virus Covid-19.
12.Yang jelas semua tahu bahawa Dr Christina Rundi adalah anak jati Sabahan yang hampir puluhan tahun berkhidmat dengan cemerlang yang lebih memahami selok-belok perihal kesihatan di Sabah, dihukum seolah-olah telah melanggar "Perintah-Perintah Am" sehingga menyebabkan pertukarannya yang drastik ke Putrajaya
Comments