POLITIK PEMBANGKANG POLITIK KURANG SIHAT
Sungguhpun Malaysia telah merdeka 62 tahun yang lepas tetapi kematangan berpolitik belum tercapai. Malahan membelakangkan konsep demokrasi, politik negara masih kuat diwarnai oleh isu Agama, Kaum dan Kebencian.
Perkara yang tidak sihat ini jika tidak dibenteras dan dibendung akan membawa padah dan kemunduran serta kerugian kepada negara. Sebagaimana negara-negara ketiga umpamanya di benua Afrika. Kestabilan politiknya tak pernah stabil, sentiasa bergolak faktor puak saling berperang sehinggakan sumber kekayaan semulajadi tidak dapat mereka nikmati, menjadikan Afrika adalah negara paling miskin, bahaya dan berbagai penyakit yang merbahaya.
Berbalik di negara kita, ada ciri-ciri menuju kehancuran adalah amat jelas, akibat ketamakan pemimpin politik yang ingin menguasai kerajaan sanggup menggunakan topeng agama, kaum dan ekonomi.
Politik di negara ini, sudah ke tahap kronik akibat gerakan parti politik perkauman dan stigma kebencian telah melampau sehinggakan melihat bangsa yang bukan KDM adalah pendatang haram dan manusia yang tidak berhak di negeri ini. Hanya mereka (KDM) golongan yang berhak ke atas negeri ini, kerana mendakwa diri mereka adalah orang asal atau Momogun.
Dalam suasana PRK Sandakan, oleh kerana pembangkang terdesak mahu membuktikan mereka masih lagi relevan di mata rakyat, mereka cuba merampas kerusi parlimen ini dari kerajaan yang diwakili oleh DAP dan sanggup menggunakan apa saja isu tanpa mengambil kira kesannya dengan perpaduan rakyat yang telah terjalin sekian lamanya.
Penyokong pembangkang menggunakan isu yang melampau dan menghina bahawa negeri ini telah dikuasai oleh PTI dari TYT, KM, Pesuruhjaya Polis dan ketua-ketua jabatan strategik telah diambil alih oleh anak-anak pendatang haram. Kaum Cina tidak terlepas dari maki cerca, mereka dituduh komunis terutama penyokong-penyokong DAP.
Kehancuran negara ini semakin dekat malahan sudah di depan pintu jika rakyat terpengaruh dengan permainan kotor pembangkang yang menghalalkan apa saja cara. Untuk kita kekalkan kestabilan keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan, perkukuhkan kerajaan dan tolak pembangkang, haramkan undi anda pada #PBS di PRK SANDAKAN.
Soraya
Comments