PBS BAKAL BERGELUT DI PRK SANDAKAN




Era kegemilangan PBS sudah berlalu, petanda pertama kecundangnya Pengasas dan Presidennya di kawasan tradisinya di dewan Undangan Negeri di Tambunan.

Isyarat penolakan kaum Cina ke atas parti PBS ini kerana hampir semua calon kaum itu yang diletakkan telah kalah semasa PRU14 kerana perjuangan PBS sudah tidak selari dengan cita rasa mereka untuk memperjuangkan nasib kaum itu.
Bagaimana pula sambutan bumiputera Islam dengan PBS, tentu lah hambar masih terasa luka di hati mereka kerana rasa tertipu semasa kerjasama yang diistilahkan PBS Plus, parti ini tidak menunaikan janjinya dengan USNO.

Jumlah pengundi parlimen Sandakan 39,349, 20,067 terdiri dari kaum cina, manakala bakinya 19,281 pengundi bumiputera dan lain-lain.Kawasan Parlimen tersebut telah dimenangi oleh parti DAP  PRU-13 dan PRU-14. PRU-11 kawasan ini dimenangi parti bebas, pada PRU-12 diwakili parti Bn/LDP.

Ini adalah percubaan pertama PBS di Parlimen Sandakan, agak sukar diramalkan kejayaannya, apalagi calon DAP Vivian Wong Shir Yee dari anak mendiang Datuk Stephen Wong Ten Fatt mantan wakil parlimen ini, sudah dua penggal bertapak di sana. Kemungkinan besar rasa simpati akan mengatasi isu-isu yang akan digunakan oleh pembangkang sepanjang kempen PRK nanti.

Dengan apa sekalipun, politik itu adalah seribu kemungkinan tetapi kita serahkan kepada pengundi Sandakan, susah senang itu adalah hak mereka.

Soraya

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?