DAP AKAN MENANG JIKA TERUS DIGELAR KOMUNIS



Imej DAP sebagai pembangkang telah melekat di minda masyarakat, namunpun dalam kerajaan sekarang tetap digelar jahat, rasis, komunis dan berbagai panggilan lagi yang tidak layak didengar.

Bagi ahli-ahli politik baru terutamanya genarasi Y, wajar belajar dari perjalanan DAP dalam politik negara terutamanya disiplin, kesabaran, kecekalan menghadapi rintangan terutama dari politik rasis seperti UMNO dan Pas yang menonjolkan isu agama dan bangsa.

Hanya satu-satunya manusia Melayu dapat menjinakkan DAP iaitu DS Anuar, dan di Sabah Datuk Seri Shafie Apdal kerana konsepnya yang multiracial dan kejujuran politik yang ingin melihat kewujudan satu masyarakat Malaysia yang sama rata dalam kepelbagaian.

Kejujuran DAP dapat menerima sama rata mengikut keperluan kerana mereka sedar kaum Cina lebih kukuh ekonominya berbanding Melayu dan bumiputra Sabah yang masih jauh ketinggalan masih di bawah garis kemiskinan.

Menjadi isu yang paling rentan berhubung Bahasa, Agama, dan Kedaulatan Raja Raja Melayu, parti DAP pula yang ditunding rasis, sedangkan menghormati perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

DAP sentiasa menghormati rukun negara;
. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;
. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
. KELUHURAN PERLEMBAGAAN;
. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;
. KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Kelima perinsip ini tidak pernah di bantah oleh DAP dari dahulu sehinggalah sekarang ini.

Pembawa kehancuran masyarakat majmuk di negara ini, bukanlah kerana DAP tetapi  parti-parti komponen Barisan Nasional yang sering menekan parti-parti kecil ini semasa dalam era pemerintahannya selama 60 tahun dengan menggunakan berbagai akta dengan kerjasama agensi kerajaan yang ada kaitan.

Sudah tiba waktunya, semua masyarakat di Malaysia berganding bahu, bersatu membawa Malaysia ke puncak kejayaan di persada dunia, dengan harapan sama-sama dapat mengecapi erti kemerdekaan, kekayaan negara bersama bukan hanya untuk satu kelompok saja.

Soraya

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?