KEPERCAYAAN TERHADAP KERAJAAN SEMAKIN MENINGKAT


KUALA LUMPUR, 5 Mac — Kerajaan Malaysia kini berada pada tahap “dipercayai” selepas mendapat 60 mata berbanding hanya 46 mata pada tahun lepas, menurut Laporan Tahunan Edelman Trust Global Barometer ke-19.
Indeks 1 hingga 49 diklasifikasikan sebagai “Tidak Boleh Dipercaya”, 50 hingga 59 “Neutral”, manakala 60 hingga 100 “Boleh Dipercaya”.
Sementara itu, purata kepercayaan global terhadap kerajaan adalah 47 mata, meningkat tiga mata berbanding tahun lepas, lapor Star Online.
Edelman berkata kepercayaan itu adalah aset yang bernilai untuk semua institusi, dan ia perlu menjadi salah satu keutamaan bagi setiap organisasi.
“Tidak seperti reputasi yang berdasarkan sejarah organisasi, kepercayaan adalah jangkaan sama ada pihak berkepentingan melihat anda berwibawa pada masa depan, menyambut inovasi baru yang anda perkenalkan seterusnya menyokong serta mempertahankan anda,” kata firma itu.
Kajian atas talian itu dijalankan antara 19 Oktober dan 16 November tahun lepas melibatkan lebih 33,000 responden di 27 buah negara.
Pada 9 Mei lalu, berlaku perubahan dalam kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum ke-14 apabila Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih pemerintahan Barisan Nasional.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?