PELANCARAN PPBM SABAH DIJANGKA SUKAR ULANGI SEJARAH PELANCARAN UMNO SABAH



Siapa ingat lawatan pertama Tun Mahathir ke Sabah sejurus Pakatan Harapan  menubuhkan kerajaan Malaysia Baru, limpahan manusia di Padang Merdeka merayakan kedatangan beliau, kerana waktu itu belum ada ura-ura PPBM masuk ke Sabah.

Sebelum itu, Tun Mahathir dinasihati tidak masuk ke Sabah terutama sepanjang kempen pada PRU 14 kerana akan menjejaskan sokongan parti sekutunya terutamanya Warisan kerana stigma rakyat Sabah terlalu membenci pemimpin ini kerana dihubungkaitkan dengan projek mykad.

Jangan hairan jika sambutan pelancaran PPBM versi Sabah kali ini tidak sehebat lawatan pertamanya yang dihadiri oleh puluhan ribu rakyat dengan semangat Sabah baru dan pengisytiharan mengembalikan status Sabah sebagai rakan kongsi.

Kali ini kedatangan Tun M hanya disambut oleh pemimpin yang melompat ke PPBM yang dulunya menyumpah seranah pemimpin 94 tahun ini bersama mantan ahli-ahli UMNO yang dijangka hanya kurang dari tiga puluh ribu bersama penyokong tegar pemimpin masing-masing dari Kota Belud 3000,Tuaran 4000 serta  kawasan lain di arah menghantar sekurang-kurangnya 2000 orang.

Ini sudah menjadi tradisi sejak UMNO lagi, setiap kedatangan pemimpin utama, mereka akan memberi imbuhan belanja kopi-kopi dan minyak kereta.
Mereka yang bakal hadir semasa pelancaran Bersatu pada 6 April, sudah semestinyan orang lain tetapi mantelitinya masih ala UMNO yang terbiasa dengan kleptokrasi dan korupsi.

Mungkin aura Tun Mahathir tidak sehebat seawal 90an sewaktu membawa UMNO ke Sabah yang memukau rakyat Sabah yang sedang dalam tekanan kerajaan PBS, kalau pun ada hanya bersandarkan untuk menarik sokongan kepada empat ahli parlimen dan dua wakil rakyat ahli dewan undangan negeri adalah tidak mencukupi kerana kemenangan mereka bukan pada wibawa mereka tetapi hasil manipulasi dengan kekuatan jentera dan kewangan umno.

Betul atau tidak, ada ura-ura pemimpin pembelot ini akan diambil tindakan di mahkamah oleh UMNO kerana menggunakan wang UMNO untuk deposit calon dan perbelanjaan lain sepanjang kempen pilihanraya yang lepas walaupun agak mustahil tetapi pada moralnya mereka amat memalukan.

Soraya
Kota Kinabalu

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?