ISU STATELESS DAN TANGGUNG JAWAB PEMIMPIN





Cinta itu buta tidak mengenal batasan agama dan bangsa, ditakdirkan ramai orang tempatan bertemu jodoh dengan warganegara asing maka berlaku lah perkahwinan pastinya akan menghasilkan zuriat. Hasil zuriat mereka inilah yang  telah banyak menimbulkan berbagai masalah perundangan, apa lagi pernikahan mereka tidak didaftarkan.

Kerajaan Warisan mengambil langkah-langkah adil untuk  mencadangkan agar anak-anak perkongsian perkahwinan orang tempatan dengan warganegara asing ini perlu diberi hak anak-anak mereka seperti anak-anak dari kedua ibu bapa warganegara.

Walaupun kes-kes sebegini terpencil tetapi diperbesar-besarkan oleh pembangkang hanya bertujuan untuk mengambil kesempatan agar perjuangan parti mereka kenampakan patriotik untuk  bangsa dan negeri.

Banyak kes-kes yang menyayat hati berlaku dalam masyarakat kita perkahwinan di antara warganegara dan bukan warganegara dalam keluarga, bukan semuanya berakhir dengan kebahagiaan tetapi kadangkala terjadi kematian ataupun penceraian sebagai contoh perkahwianan di antara warga Pakistan dan Dusun tidak berdaftar perkahwinan mereka maka dianugerahkan zuriat seorang anak perempuan kemudian ayahnya balik ke negera asalnya, tanpa kembali lagi sehingga lah usia anaknya sudah menjangkau 21 tahun tanpa kewarganegaraan.

Mungkin anda sering melihat anak-anak kecil berkeliaran di bandar besar di Sabah, tidur di kaki lima kedai, mereka itu adalah majoritinya berbapa kan orang asing dan ibu kandung mereka orang tempatan atau pun di sebaliknya. Kumpulan ini sering kita dilihat semasa tahun 70an lagi, pastinya kumpulan ini sehingga sekarang taraf status mereka pasti bukan warganegara kalau dirujuk dengan peraturan semasa.

Situasi ini lah sebenarnya yang menimbulkan kesalahan fahaman kerana Warisan cuba membantu kumpulan ini tetapi dituduh pula memberi mykad kepada PTI. Isu ini wajar difahami oleh semua pihak, tanpa inisiatif kerajaan keadaan ini akan berterusan. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan berperikemanusiaan mencadangkan agar kumpulan ini diberi kelonggaran untuk diserap sebagai warganegara agar masa depan mereka terjamin mendapat hak pendidikan dan kemudahan yang lainnya  seperti warganegara lain nikmati.

Selain itu Warisan juga mencadangkan terutama mereka yang tinggal di Pendalaman, masih ramai lagi tidak memiliki dokumen kerana masalah-masalah teknikal wajar diberi kelonggaran untuk memiliki mykad. Bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas yang dikenal pasti sebagai orang tempatan dengan bukti yang mencukupi juga perlu di atasi.

Kerajaan juga mengesyorkan kepada parti-parti pembangkang dan individu jika ada maklumat dengan kumpulan yang dimaksudkan itu adalah diminta bekerjasama untuk membantu mereka. Perlunya satu jawatankuasa khas dibentuk yang dianggotai oleh NGO dan parti pembangkang untuk menangani isu ini sehingga tuntas.

Tetapi sebaliknya pemimpin parti pembangkang ini lebih cenderung mempolitikan isu ini daripada membantu masa depan kelompok ini, atas alasan jangan berulang kesilapan masa lampau yang mana menerima cadangan British untuk menerapkan konsep Jus Soli (memberi kewarganegaraan) kepada tenaga buruh kasar dari India dan Cina yang mereka bawa masuk ke negara ini.

Alasan ini cuba dimainkan oleh pembangkang untuk menghalang niat baik Warisan untuk menuntas permasalahan yang berlarutan sejak era Berjaya, berlanjutan sampai kerajaan Barisan Nasional kerana mereka khuatir kehilangan sumber isu untuk membangkit kemarahan rakyat Sabah.

Konsep Jus Soli adalah berbeza dengan isu ini, kerana kerakyatan akan didapati melalui salah seorang ibu bapa adalah penduduk Sabah Warganegara Malaysia yang lahir di negeri ini, tambahan kelompok ini tidaklah terlalu ramai yang boleh merubah landskap budaya atau politik negeri ini.

Cuba kita amati komen dari rakyat yang fikirannya diracuni oleh pembangkang yang saya kutip dari WhatsApp :
"kita rakyat Sabah amat kesal dengan dasar kerajaan parti Warisan sekarang ini sebab  bila ada kuasa warisan mendahulukan PTI. Pemberian decumen memberi ruang untuk belajar sama rata separti rakyat tempatan. dan mendapat tanah di mana juga orang asal punya kelayakan."

Fahaman ini adalah terbias dari tujuan asal, perlu ada penyuluhan susulan penerangan berhubung isu ini oleh kerajaan khasnya parti Warisan agar tidak timbul kekeliruan di kalangan rakyat Sabah.

Soraya
Kota Kinabalu

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?