GILIRAN KETUA WIRAWATI TENOM SEKOLAHKAN ANAK BUNG MOKTAR



Buat Naim Moktar KPEN Ketua Pemuda Umno Sabah

Setelah melihat Warkah Naim Moktar KPEN Ketua Pemuda Umno kepada Ketua Wirawati Putatan.Apa yang yang ditulis oleh Naim Moktar seumpama meludah ke langit jatuh ke atas muka sendiri. Kesengsaraan rakyat terhasil dari kerajaan terdahulu. Hutang piutang yang terpaksa rakyat hadapi membebani kehidupan rakyat Sabah.

Isu lif yang berkarpet merah adalah tidak benar sama sekali. MPI hanya mengeluarkan arahan untuk membaiki dan menutup lantai lif yang telah rosak/pecah bagi mencantikkan pemandangan lif tersebut. Tuduhan mengatakan lif tesebut kini beralaskan permaidani merah adalah tidak benar dan lif tersebut masih dalam keadaan asal selain digunakan bersama orang awam.KPEN Ketua Pemuda Umno Sabah ini menampakkan betapa selama ini dia tidak pernah tahu apa bidang dan skop kerja seorang Menteri Pembangunan Infrastruktur.

Kakitangan UCSF tidak dibayar gaji adakah benar atau tidak? KPEN Ketua Pemuda UMNO seharusnya meneliti persoalan ini adakah ianya benar atau tidak. Seharusnya Naim membawa 57 org kakitangan ini berjumpa dengan pihak yang sepatutnya bukan menyalahkan Parti Warisan.

SAFA telah bermasalah sebelum di tadbir oleh Parti Warisan dimana pembayaran gaji tidak di urus dengan baik oleh Pengerusi SAFA. Keupayaan kewangan yang terjejas oleh hutang pentadbiran terdahulu yang terlalu banyak antara faktor utama. Presiden SAFA yang terdahulu iaitu saudara Alijus harus di persoalkan kredibiliti beliau dalam mentadbir SAFA. Kekangan permasalahan ini seharusnya tidak berlaku kerana keakraban beliau bersama TSMA.

Setelah YB Datuk Peter Anthony memangku jawatan Presiden SAFA semua gaji dan tunggakkan pemain bola sepak telah di langsaikan. Dan terbukti sekarang ini pasukan Bola Sepak Sabah kini seperti mati, hidup semula bersama pemangku Presiden yang baru. Pasukan ini semakin berkilau dengan maskot Tembadau yang baru.

Kepada saudara Naim Moktar setiap pernyataan yang saudara lontarkan seharusnya di kaji dan di teliti agar ianya tidak memalukan saudara sendiri. Parti Warisan memerintah dengan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.



RAFIDAH ARKANI
KETUA WIRAWATI TENOM

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?