SABAH TERIMA PELABURAN RM13 BILLION




KOTA KINABALU: Kawasan Industri Berkelompok Kelapa Sawit (POIC) Lahad Datu, hari ini menerima pelaburan tunggal terbesar di Sabah bernilai RM13 bilion.
Ia bagi pembinaan kilang petrokimia antara terbesar di negara ini oleh Burel Industries Sdn Bhd, sebuah syarikat petrokimia kerjasama di antara rakyat Switzerland, Arab Saudi, China dan Malaysia.
Syarikat berkenaan akan membina kilang petrokimia bagi memproses nafta, iatu sejenis produk petroleum kepada pelbagai produk petrokimia untuk pasaran dunia.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kehadiran Burel menambahkan lagi kepelbagaian industri di POIC Lahad Datu selain membantu merancakkan sektor perindustrian negeri.
“Ia juga dapat membantu kita dalam menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini sejajar usaha kita menyediakan sebanyak mungkin peluang pekerjaan untuk manfaat negeri,” katanya dalam ucapan sempena majlis menandatangani dokumen perjanjian di antara Burel Industries dengan POIC Sabah, di sini, hari ini.
Burel diwakili Pengerusi Eksekutif Strategic Swiss Partners yang juga Penasihat Kewangan Burel Industries, Per N Brantzag, manakala POIC diwakili Ketua Pegawai Eksekutif POIC Sabah Sdn Bhd, Datuk Dr Pang Teck Wai.
Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian negeri, Datuk Seri Madius Tangau.
Sementara itu, Madius berkata kilang itu disasar mengeluarkan dua juta tan metrik produk petrokimia setahun, bersamaan kira-kira 70,000 kontena dieksport dari POIC Lahad Datu setiap tahun.
“Perbincangan di antara POIC Sabah dengan Burel Industries bermula sejak tahun lalu bagi memenuhi keperluan projek mereka yang membabitkan tanah seluas kira-kira 80 hektar dan ia adalah yang paling luas berbanding pelabur lain di POIC Lahad Datu sejak tahun 2005.
“Burel tertarik dengan kemudahan lengkap disediakan di POIC Lahad Datu secara pakej termasuk pelabuhan yang menjadi keperluan utama mereka,” katanya.
Terdahulu, Brantzag berkata Burel memilih POIC Lahad Datu berikutan kedudukannya yang strategik dan dilengkapi pelbagai kemudahan yang diperlukan syarikat itu.
Katanya, dalam tempoh pembinaan, kilang itu dapat menyediakan sehingga 3,500 peluang pekerjaan dan 500 orang apabila beroperasi.
Beliau berkata, menerusi pelaburan itu Burel dapat menjadikan Sabah sebagai antara pengeluar produk petrokimi terbesar di rantau ini

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?