5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

1. MA63 merupakan perjanjian antarabangsa

Ketibaan Para Penandatangan Perjanjian Malaysia di London pada bulan Julai 1963. Imej dari The Borneo Post.

Perjanjian Malaysia adalah suatu perjanjian antarabangsa, berdaftar di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 21 September 1970, dengan nombor pendaftaran 10760. Dengan itu, Parlimen Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk meminda MA63 memandangkan ia merupakan perjanjian antarabangsa.
Parlimen Malaysia hanya boleh meluluskan undang-undang baru sahaja. Sebagai contoh, Parlimen meluluskan Akta Malaysia 1963 untuk memberi kesan (Legal effect) kepada Akta tersebut. Beberapa bahagian dalam Perlembagaan Malaysia juga diubah untuk menggabungkan terma-terma MA63 pada waktu Malaysia ditubuhkan.
Perlembagaan Persekutuan dikatakan telah dipinda lebih dari 700 kali sejak tahun 1957, tetapi terma-terma yang terkandung di dalam MA63 kekal tidak berubah dari tarikh ia ditandatangani.

2. Berlainan dengan Undang-undang Malaysia, MA63 tidak boleh dipinda

Terma-terma di dalam MA63 hanya boleh dipinda melalui perbincangan dan persetujuan para penandatangan perjanijian tersebut.
Ini disebabkan oleh ia adalah suatu perjanijian antarabangsa, bukan suatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen sebagaimana yang disebut sebelumnya, Parlimen tidak moleh menggubal perjanijan antarabangsa.
Dengan kata lain, Sabah, Sarawak, Kerajaan Persekutuan dan United Kingdom harus duduk berbincang untuk menggubal atau meminda terma-terma yang terkandung di dalam perjanjian.
 Berlainan dengan Perlembagaan Persekutuan yang boleh dipinda oleh Parlimen, MA63 dan Laporan IGC tidak boleh digubal oleh sesiapa melainkan tuan empunya daerah berkenaan yang mula-mula menandatangani perjanjian itu memutuskan untuk berunding semula membuat pemindaan. – Zainal Ajamain, pengarang & pejuang hak negeri Sabah, dipetik dari The Malay Mail Online, diterjemah oleh ASKLEGAL


3. Sabah dan Sarawak berkuasa melaksanakan MA63 dengan sendirinya

Tan Sri Adenan Satem. Imej oleh Norman Goh dari Malaysiakini.

Artikel 8 dalam MA63 menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak boleh bertindak sendiri untuk menguatkuasa dan melaksanakan MA63 tanpa membuat pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan.
Artikel 8, Perjanjian Malaysia 1963 (diterjemah):

Kerajaan Persekutuan Malaya, Borneo Utara dan Sarawak akan mengambil langkah-langkah perundangan, eksekutif dan yang berkaitan untuk melaksanakan jaminan-jaminan, daya usaha, perakuan…memandangkan semua itu tidak terkandung di bawah Perlembagaan Malaysia
Dalam bulan November 2016 yang lalu, waktu itu Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan mengadakan gerakan untuk menuntut semula hak Sarawak di bawah MA63 dalam perhimpunan negeri tetapi tertahan di saat-saat akhir.
Sekiranya gerakan berikut dilanjutkan, boleh dikatakan kerajaan negeri Sarawak menggunakan haknya sebagaimana yang disebut dalam Artikel 8 MA63. Sebaliknya, kerajaan negeri memilih pendekatan diplomatik dengan kerajaan persekutuan dalam menyelesaikan isu berkenaan hak yang tidak terpenuhi di bawah MA63.


C12620cb 3a57 49f6 b969 4152efdcfa41

4. Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan disebabkan MA63

Sabah dan Sarawak menyertai bumi Malaya dalam membentuk Malaysia di bawah pemahaman di mana akan terdapat jaminan dari Perlembagaan Persekutuan berkenaan perlindungan hak dan keistimewaan.
Jaminan-jaminan ini telah terkandung di dalam Perlembagaan dan undang-undang yang berkaitan. Antaranya:
Peguam-peguam yang bukan dari Sabah dan Sarawak tidak dibenarkan untuk mengamal di mahkamah Sabah dan Sarawak (Artikel 161B).
Peguam-peguam ini harus memperolehi lesen dari Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak terlebih dahulu, dan seterusnya memohon permit kerja dari Bahagian Imigresen.
Sabah dan Sarawak berhak menggunakan bahasa Inggeris dalam perhimpunan negeri dan semasa dalam perbicaraan mahkamah [Artikel 161(1) dan (2)].
Artikel 161(1) melarang sama sekali undang-undang yang tidak membenarkan Sarawak menggunakan bahasa Inggeris untuk urusan-urusan rasmi sehingga selepas 10 tahun dari tarikh 16 September 1963.
Sehingga kini, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 masih belum dikuatkuasa di Sarawak. Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia tidak mandatori di jabatan-jabatan kerajaan dan kementerian negeri.
Seksyen 1(2), Akta Bahasa Kebangsaan (diterjemah):
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa di Negeri-Negeri Sabah dan Sarawak pada tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh Pihak-Pihak Berkuasa Negeri masing-masing, melalui enakmen Badan Perundangan Negeri masing-masing dan tarikh-tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi mula berkuat kuasanya peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Akta ini di Negeri-Negeri itu


5. Sarawak dan Sabah mempunyai undang-undang sendiri berkaitan hal imgresen

Kaunter imigresen di Kota Kinabalu. Imej dari FamousChris
Sarawak dan Sabah berkuasa mengawal hal-hal imigresen ke negeri masing-masing. Penduduk di Semenanjung harus mempunyai permit untuk belajar atau bekerja di sana. Dan sesiapa yang melawat Sarawak dan Sabah harus mengisi borang imigresen terlebih dahulu.
Ini disebut di dalam Seksyen 66 Akta Imigresen 1959/1963, dan terkandung disebabkan MA63.
Seksyen 66(1) Akta Imigresen 1959/1963 (sebahagian):
“… seorang warganegara itu tidak dibenarkan untuk memasuki Malaysia Timur tanpa mempunyai permit atau pas melainkan-
(a) dia adalah memang dari Malaysia timur…”
Pembatasan ini dilaksanakan adalah sebagai usaha untuk mengehadkan kemasukan kepada sesiapa yang hanya boleh menyumbang untuk (salah satu) negeri tersebut, dan juga sebagai langkah berjaga-jaga dari segi keselamatan.

Comments

Popular posts from this blog

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?