PPBM DIJANGKA TEMUI JALAN SUKAR DI SABAH






Ada orang bertanya adakah Warisan merasa cemas kemasukan Bersatu di Sabah, sudah semestinya tidak, kerana Bersatu bukan saingan Warisan ini telah terbukti sokongan rakyat Sabah terhadap parti ini amat memuaskan semasa PRU 14 yang lalu.

 Walaupun hanya mendapat 21 kerusi kerana bermain bukan lah di padang rata, banyak kawasan UMNO hampir dimenangi oleh Warisan umpamanya Dun Sebatik hanya perbezaan 192 undi demikian juga di Dun Marotai manakala Parlimen Keningau, Kimanis hanya berbeza sedikit majoriti dan banyak lagi kawasan yang  hampir dimenangi oleh Warisan, yang paling manis sekali ramai pemimpin besar UMNO kecundang termasuk Musa Aman hanya mendapat majoriti dua ribu lebih dari majoriti puluhan ribu sebelum ini.

Kemasukan Bersatu tidak sama sekali mengganggu gugat kestabilan Warisan malahan akan memperkukuhkan parti ini lagi. Walaupun ada desas-desus mengatakan pemimpin Bersatu Sabah ada agenda tersendiri, tetapi semua itu mungkin telah disedari oleh Datuk Seri Shafie Afdal dan telah bersedia membuat langkah berjaga-jaga sebelum kejadian berlaku.

 Syarat yang telah dipersetujui tidak ada rombakan kabinet untuk memberi laluan kepada pemimpin Bersatu Sabah dan tiada sebarang jawatan ditawarkan kepada pemimpinnya sehingga habis penggal ini.

Kekuatan UMNO tidak sekuat dulu kerana sekarang ini terbagi kepada beberapa kelompok. Ada yang masih bertahan dengan UMNO dan ada sebahagian besarnya telah berhijrah ke Warisan hanya sisa-sisanya bakal menjadi ahli Bersatu dianggarkan 20%.

Bersatu hanya dikhaskan untuk orang Melayu dan Islam maka parti ini tidak sesuai di Sabah kerana majoriti non muslim tidak dapat menyertainya kecuali menjadi ahli Bersekutu parti itu. Adalah amat memalukan jika bangsa Sabah bergabung dengan parti yang tiada kaitan langsung dengan bangsa Melayu.

 Bersatu mungkin tiada daya tarikannya kerana ahli-ahlinya tiada peluang untuk menduduki jawatan politik dan GLC sampai penggal depan.

Perhatian pucuk pimpinan atasan Bersatu tidak fokus ke Sabah kerana di Semenanjung sedang berhadapan persaingan hebat di antara UMNO dan PAS.

Mungkin ramai ahli meninggalkan Bersatu versi Sabah kerana tidak dapat habuan ekonomi seperti projek kecil-kecilan kerana kerajaan lebih utamakan ahli-ahlinya dan pejuang-pejuang parti yang bertungkus lumus memenangkan parti.

Tabiat ini amat bertentangan dengan bekas-bekas ahli UMNO yang menyertai Bersatu yang terbiasa dengan habuan-habuan material dari parti mereka dahulu.

Kalau orang-orang Melayu sudah mulai menolak Bersatu apa lagi orang Sabah kerana Bersatu adalah sebuah parti untuk orang melayu bernaung di Malaya.

Soraya
Kota Kinabalu

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?