PEMIMPIN LAHIR KERANA KUASA RAKYAT BUKAN JATUH DARI LANGIT



Kenapa kita berpecah dari segi politik dan mundur dari segi ekonomi faktor utama perbezaan pendapat, iri-hati, penting diri sendiri, curiga-mencuriga terutama hal anutan kesukuan berdendam sesama sendiri.

Perbezaan pendapat di kalangan pemimpin-politik dan agama, satu sebab yang utama menyebabkan kita lemah hadapi cabaran dari bangsa yang lebih maju dari kita.

Disebabkan oleh ketidak-sefahaman, kita tidak dapat menghasilkan satu wawasan dan visi bersama demi melonjak Sabah sebuah negeri maju dan kebal dengan persaingan hidup terutama saudara kita Tionghua dan Melayu dari Semenanjung yang lebih ke hadapan dari kita di Sabah ini.

Tetapi, pemimpin-pemimpin kita selalu bercakap tentang tanggungjawab bersama tetapi hanya dibibir lain di hati ini, faktor-faktor yang memecah-belahkan kita kerana sikap penting diri sendiri, sifat terlalu menjaga kumpulan tertentu untuk mempertahan kepentingan diri sendiri.

Apabila sikap penting diri sendiri terus berlaku mengatasi kepentingan bersama, komuniti kerugian. Hanya pemimpin dan kroni akan selamat dan maju, rakyat biasa sentiasa hilang arah kehidupan.

Para pemimpin berbangga di dalam diri sendiri, oleh itu mereka mahu dihormati lebih daripada pemimpin yang lain sedangkan mereka tidak sedar tanpa sokongan padu dari rakyat siapa juga mereka ini hanya layak seperti penyamun ALI BABA.

Soraya
Kota Kinabalu

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?