SABAH SEBUAH NEGARA?


MALAYSIA 1963 adalah persekutuan 4 kerajaan – Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura. Singapura keluar persekutuan tahun 1965, tinggal Sabah, Sarawak dan Malaya dalam Malaysia: Maka, sebetul-betulnya kata, sewaras-warasnya minda, sejitu-jitunya istilah, Sabah, Sarawak dan Malaya adalah Rakan Kongsi dalam Persekutuan Malaysia.

Secara dasarnya MALAYSIA 1963 mengilhamkan Sabah dan Sarawak sebagai dua daripada tiga Negara dalam Persekutuan Malaysia (Singapura tidak diambil kira sudah).

Sabah atau Sarawak bukan salah satu daripada negeri-negeri dalam Malaysia. Negara-negara di Borneo ialah kerajaan dia sendiri dalam pentadbiran Malaysia sama seperti Wales kerajaan dia sendiri dalam pentadbiran United Kingdom dan France Guinea dalam pentadbiran Perancis.

Sabah dan Sarawak sangat mundur dari segi pembangunan sosio-ekonomi dibandingkan Malaya; antara negeri paling miskin di Malaysia, terletak di kedudukan sedikit atas dari Kelantan.

Ini kerana Sabah atau Sarawak dibangunkan sebagai sebuah negeri dalam Malaysia, bukannya sebagai sebuah Negara dalam Persekutuan Malaysia. Di situ silapnya pentadbiran Malaya.

Sumber:media sosial Sabah

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?