PEMBANGKANG SABAH TAKUT DILUPAKAN TERPAKSA CARI ISU DI MEDIA SOSIAL



Hakikatnya kerajaan dan pembangkang di mata rakyat ibarat irama dan lagu, kedua-dua kelompok ini wajar dihormati kerana tujuan mereka ke arah mensejahtera, memakmurkan rakyat dan negara.

Kerajaan yang tidak adil lebih terhormat dari pembangkang yang berhemah, tetapi negara kita pembangkangnya sudah ke tahap yang boleh dirujuk dengan pakar neurologi kerana ada penyakit Skizofrenia.

Stigma memusuhi kerajaan sudah menjadi keutamaan pembangkang sehingga melupakan fungsi sebagai pembangkang yang berkesan, makanya sanggup berbuat apa sekali pun kalau berbohong dan menipu sudah menjadi permainan mereka.

Pembangkang sewajarnya mereka berkhidmat untuk rakyat dan negara tetapi sebaliknya sentiasa menggagalkan usaha kerajaan sehingga ke tahap tidak stabil, tentu semua ini akan membawa kerugian yang besar mengakibatkan sistem kerajaan tidak berjalan lancar, pelaburan dan perkembangan ekonomi akan terbantut.

Pemimpin Warisan prihatin dengan rungutan dan kerisauan rakyat, umpamanya  keluhan YB. Jenifer Lasimbang, Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, berhubung dengan rungutan ibu bapa mengenai ana-anak mereka yang tiada pekerjaan tetapi pembangkang mengambil kesempatan menuduh kerajaan Warisan gagal dan tidak ada perancangan. Sedangkan masalah ini adalah diwarisi dari kerajaan Barisan Nasional lagi yang gagal menyediakan peluan-peluang  pekerjaan sehinggakan ratusan ribu anak-anak muda berkelana di seluruh pelusuk tanah Melayu dan Singapura, dan sedang menghadapi berbagai masalah tanpa dipedulikan oleh kerajaan terdahulu.

Jangan terus menunding jari dengan kerajaan, jadilah pembangkang yang berwibawa sepatutnya turut sama mengatasi permasalahan anak-anak kita yang sedang menghadapi masalah dengan memberi saranan yang membantu tetapi diambil kesempatan untuk dipolitikkan benarlah kata orang "tunggul mati pun dipolitikkan".

Sebenarnya pembangkang di negara kita ini, lebih menekan untuk menjatuhkan kerajaan daripada memikirkan kebajikan rakyat.



Soraya
Kota Kinabalu





Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?