WARISAN PILIHAN TEPAT PERJUANGKAN HAK SABAH DARI KERAJAAN MALAYSIA BARU



Pergolakan politik negara berlaku hanya dua kali, pertama pada era parti Perikatan dan terakhir sekali Barisan Nasional pada tahun lepas.

Keadaan ini jarang sekali berlaku selama 61 tahun, parti UMNO di Semenanjung amat stabil sehinggakan peranan Sabah dan Sarawak tidak begitu penting kerana tidak dapat diganggu-gugat kedudukan politik melayu ini hanya perlu sokongan dari India dan Cina, itu pun sudah memadai untuk mereka terus berkuasa.

Seyogianya-lah suara-suara tuntutan wilayah Timur Malaysia ini tidak dilayan malahan mereka berani melanggar dan memindahkan beberapa perkara dalam perjanjian MA63 dan selebihnya mereka tidak hiraukan.

Untuk menenggelamkan tuntutan hak-hak yang terkandung dalam MA63 mereka sering menggunakan kuasa politik dengan campur tangan yang keterlaluan melalui wakil mereka dari parti politik yang menyokong mereka dan jika sudah tidak mendapat sokongan mereka akan menjatuhkan parti-parti yang tidak pro-Malaya.

Akibat permainan politik Malaya ini ke atas Sabah kesannya negeri ini ketinggalan jauh dari semua aspek pembangunan, pendidikan dan pelbagai lagi sehingga jarak pembangunan antara Barat danTimur Malaysia amat jauh sekali.

Bayangkanlah dari sebuah negeri yang kaya dengan sumber semula jadi dan purata pertumbuhan ekonominya 8.4% dan 6.4% sumbangannya dalam KDNK negara, tetapi negeri miskin kedua belas dalam negara.

Sudah waktunya Sabahan bersatu menuntut hak yang mereka tidak tunaikan, jangan lagi kita terlepas peluang ini sehingga politik Melayu menjadi kuat dan stabil semula.

Kalau dulu Sabah mendapat jolokan sebagai negeri fixed deposit tetapi kali ini kita ambil pelaburan kita dengan bunganya sekali dan tuntutan kita sebagai teman kongsi walau apa halangan sekali pun, wajar diteruskan.

Kita bukan sekadar menuntut ekonomi tetapi kuasa politik juga kita turut tuntut sebagai mana dijanjikan yang diperuntukkan untuk Sabah sebagai timbalan perdana menteri.

Tuntutan ini juga akan hanya menjadi mimpi jika saling bercakaran sesama sendiri dengan hal-hal yang kecil atau bergelut siapa yang menjadi ketua menteri.

 Rakyat wajar sedar jangan terikut rentak parti dan pemimpin yang gilakan kuasa seperti parti-parti pembangkang yang telah diberi tempoh yang panjang untuk membuat perubahan tetapi gagal, lebih baik rakyat lupakan parti-parti ini, kita fokus kepada tuntutan hak kita yang disepikan oleh Putrajaya.

Apa alasan sekalipun parti Warisan adalah wadah yang paling tepat untuk menebus maruah Sabah kembali yang berorientasikan parti multiracial dan membuktikan partinya semasa pilihanraya lepas telah mendapat 21 kerusi dan tujuh Parlimen.

Kita kongsikan bersama di antara semua kaum dan agama kemakmuran dan kekayaan negeri dengan saksama tanpa membelakangkan kaum yang lain walaupun mereka minoriti dalam negeri ini.

Soraya
Kota Kinabalu

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?