KETUA WIRAWATI PUTATAN SIFATKAN KENYATAAN PANDIKAR EGO DAN CUMA MAHUKAN PERHATIAN






Satu Sabah terkejut dengan pandangan Tan Seri Pandikar berhubung pindaan perlembagaan artikel 1(2)yang bakal dipinda untuk mengembalikan status Sabah menjadi rakan kongsi dengan Persekutuan tanah Melayu atau dinaikkan taraf sebagai sebuah wilayah yang tidak lagi sama status dengan negeri-negeri di tanah Melayu.

Menurut pandangan mantan speaker dewan rakyat ini, bahawa Sabah adalah sebuah negara sebelum menyertai gagasan Malaysia hanya satu parodox dan telah diambil kesempatan oleh pemain politik bahawa negeri ini  diturunkan statusnya kepada negeri semata-mata ingin meraih sokongan dari rakyat.

Katanya lagi, seterusnya artikel MA63 tidak perlu dibuat pindaan tetapi beliau menyarankan agar kerajaan PAKATAN Harapan membuat satu referendum adakah rakyat Sabah mahu satu Perjanjian baru.

Sebenarnya TS Pandikar hanya ingin mempertahankan egonya kerana melalui sebuah buku yang bertajuk "Berpisah Tiada" yang ditulis olehnya adalah untuk mempertahankan kedudukan perdana menteri Najib Razak pada ketika itu, apabila diasak  oleh pemimpin pemimpin dari Sabah dan Sarawak agar menunaikan isi kandungan MA63 yang gagal ditunaikan oleh kerajaan Persekutuan.

Pendekatan dan pendiriannya terus dipertahankan dengan tujuan menarik perhatian Tun Mahathir yang bersetuju untuk tidak bersetuju dalam isu ini di saat PPBM akan melebarkan sayapnya di Sabah, manalah tahu diberi peranan untuk menghalang niat baik rakyat Sabah supaya tuntutan itu tidak diteruskan.

Apa pun rujukan dan kebenaran Tan Seri Pandikar berhubung isu ini, rakyat Sabah tetap terus melaksanakan tuntutan sehingga berjaya dan akhirnya kita akan lihat di mana mantan speaker dewan rakyat ini ketika itu......



IZZATUL AINI
KETUA WIRAWATI

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?