JUJURKAH PUTRAJAYA MENUNAIKAN JANJI AUTONOMI KE WILAYAH





JUJURKAH PUTRAJAYA MENUNAIKAN JANJI AUTONOMI KE WILAYAH

Bukan hanya Sabah dan Sarawak saja membuat tuntutan autonomi, sebagai contoh banyak negara-negara di dunia ini umpamanya Selatan Filipina oleh Bangsa Moro, Aceh merdeka di Indonesia dan Selatan Thailand. Aceh dan Selatan Filipina telah berjaya dalam tuntutan mereka menjadi wilayah berautonomi penuh walaupun mengharungi liku-liku suka dan duka dalam menuntut hak mereka.

Kalau Filipina dan Indonesia boleh memberi autonomi kepada selatan negaranya dan Jakarta berlembut dengan Aceh, kenapa Putrajaya agak liat menunaikan kehendak rakyat Sabah dan Sarawak yang menginginkan pemerintahan sendiri, sedangkan begitu jelas dalam perjanjian MA63 dan dalam tubuh perlembagaan negara membenarkan kedua-dua wilayah ini untuk mendapatkan hak sebagai negeri berautonomi.

Pemimpin Persekutuan silih berganti terutama era Najib Razak, hanya berdolak-dalik untuk memberi autonomi sehinggalah kerajaan kalah pada tahun lepas.Yang paling menggembirakan janji Anwar Ibrahim berulang kali mengatakan untuk menunaikan aspirasi rakyat Sabah yang mengidamkan sebuah autonomi penuh, malahan akan melantik timbalan perdana menteri dari Sabah kononnya agar penyelarasan Sabah dan Sarawak supaya dapat mencapai kemajuan setaraf dengan Semenanjung tanah Melayu, namunpun partinya menjadi tulang belakang PH tetapi janji itu hilang dihanyut bayu bak kata lagu selamat tinggal Teluk Bayur (mengingatkan lagu Erni Djohan era 70an).

Kalau tak silap, janji autonomi Sabah tercantum dalam Manifesto PH kalaupun tidak banyak ceramah Tun Mahathir melalui YouTube mempunyai hasrat menunaikan permintaan rakyat Sabah untuk berautonomi tetapi kemajuan setakat ini hanya menubuhkan jawatankuasa mengkaji kesan autonomi untuk mengembalikan status Sabah sebagai rakan kongsi dan setaraf dengan tanah Melayu.

Jawatankuasa ini terlalu lembab bertindak bagaikan chips more, sekejap ada sekejap tiada, secara terus terang majoriti rakyat Sabah amat ragu dengan janji ini apakah akan terlaksana dengan kadar segera? Kerana syarat dan kandungan penurunan kuasa itu yang didambakan oleh segenap rakyat Sabah.

Kecurigaan semakin menebal di mata rakyat Sabah dengan masuknya PPBM ke Sabah adalah satu isyarat bahawa cengkaman Putrajaya terhadap negeri ini tidak akan terlepas sepenuhnya. Apa lah ertinya sebuah autonomi jikalau kuasa politik masih didominasi oleh orang luar.



SORAYA KIGIS

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?