KETUA WIRAWATI WARISAN TENOM GESA JAUHI DDJK DARI FAHAMAN POLITIK SUKUISMA
KETUA WIRAWATI WARISAN TENOM GESA JAUHI DDJK DARI FAHAMAN POLITIK SUKUISMA
Gagasan dan idea-idea Datuk Jeffrey Kitingan mulai dijauhi oleh pemimpin-pemimpin pembangkang Sabah kerana mereka faham semuanya itu tidak mungkin membawa buah kejayaan umpamanya Gabungan Sabah yang menggabungkan parti pembangkang yang kononnya untuk memperjuangkan hak-hak Sabah.
Belang Datuk Jeffrey Kitingan mulai dikesan oleh presiden PCS, Datuk Wilfred Bumburing kerana menurut beliau motif presiden Parti Solidarity Tanahairku itu hanya alat Barisan Nasional untuk pemecah undi. Ekoran dari itu, ahli-ahli GS telah meninggalkan gabungan itu yang muktahir lima ahli Parlimen dan lapan ahli dewan undangan negeri dari UMNO telah mengesahkan menjadi wakil PPBM dan dikhabarkan parti-parti pembangkang dalam gabungan itu akan menjauhkan diri dari presiden STAR itu dalam masa terdekat ini.
Integriti politik Jeffrey sudah mulai pudar, tidak lagi relevan dengan politik Sabah masa kini, walaupun beliau mendakwa dirinya adalah jaguh menuntut hak-hak Sabah dalam masa 40 tahun kebelakangan ini, tetapi dalam jangka masa panjang itu tiada satu kejayaanpun tercapai yang boleh dinikmati oleh rakyat Sabah, sedangkan kerajaan persekutuan dan Warisan membentuk satu jawatankuasa untuk mencapai hak-hak Sabah dikembalikan dan dijangka Sabah akan mendapat otonomi penuh, menjadi rakan kongsi yang setaraf dengan tanah Melayu.
Saya amat khuatir dengan nasib-nasib pengikut lulusan Harvad ini kerana kebanyakan mereka berkalibar punya akademik dari menara gading berpontensi menjadi pemimpin sandaran rakyat, akan terperangkap dengan fahaman politik "SUKUISMA" anutan Jeffrey Kitingan.
RAFIDAH ARKANI
23 FEBRUARY 2019
Comments