PEMUDA SAPP KAKI AUTA KATA KETUA WIRAWATI TENOM
Fakta VS Auta
Bila di teliti hasil fakta yang diberikan oleh Pengarah JPN mengenai isu pemberian i/c kepada warga asing atau PTI adalah tidak benar. Isu Kebakaran dijadikan sandaran untuk menuduh Kerajaan Warisan Dan JPN bersekongkol untuk mengeluarkan i/c.
Melalui data yang diperolehi oleh Pengarah JPN, Status anak warga asing yang berdokumen dan tidak berdokumen yang telah lama tinggal di Sabah belum dapat diputuskan.
Belum ada dasar dan keputusan kerajaan untuk memberikan apa-apa dokumen kepada golongan berkenaan.
Sementelaah itu, seramai 46,918 org yang telah didaftarkan oleh JPN adalah bermula daripada tahun 2000 sehingga tahun 2018.
Isu yang diputarkan oleh pembangkang ternyata hanya bicara kosong. Menyalahkan kerajaan sekarang tanpa bukti kukuh umpama anjing menyalak bukit.
157 sijil kelahiran yg d keluarkan oleh JPN
○29 dokumen di SMK Peter Mojuntin
○12 di Kg. Likas
○17 di Semporna
○46 di Pasir Putih Putatan
○13 di Kg. Sook Dambai
○40 di Kg Karakit Banggi
Data ini membuktikan tidak ada pemberian i/c besar-besaran oleh JPN. Setiap gantian Dokumen perlu membawa laporan bomba dan polis yg mengesahkan dokumen mereka musnah dlm kebakaran.
JPN juga menyatakan gantian dokumen hanya utk org asal (native) dan warganegara sahaja.
Rafidah hj Arkani
Ketua Wirawati Tenom
Comments