JEFFREY KITINGAN MENGAMALKAN POLITIK NOMAD



JEFFREY KITINGAN MENGAMALKAN POLITIK NOMAD

Parti pembangkang Sabah semakin ketandusan idea dengan perkembangan politik muktahir, apalagi setelah Bersatu muktamad ke Sabah  ekoran itu hampir semua pemimpin pembangkang mengalu-alukan senario ini terutamanya pemimpin vokal mengkritik Tun M, Datuk Jeffrey Kitingan lunak menerima kehadiran Bersatu di Sabah.

Namunpun Dr.Jeffrey Kitingan bersetuju dengan parti sekutu Warisan ini membuka cawangannya di Sabah, tetapi beliau terus mengkritik kerajaan Sabah kerana menurut beliau asas terbentuknya kerajaan negeri bukan dari mandat rakyat tetapi hasil dari lompatan katak-katak seperti UPKO dan beberapa pemimpin UMNO. Apapun tuduhan beliau pihak Warisan adalah kerajaan sah kerana demokrasi  membenarkan membentuk kerajaan campuran yang lazimnya dibuat oleh mana-mana negara yang bertamadun di dunia ini.



Adakah Datuk Jeffrey Kitingan ini telah bercermin diri dan telah melihat bentuk mukanya yang lebih dasyat dari katak? Kerana ramai menyifatkan DDJK adalah seorang politikus oportunist berprinsipkan politik "Nomad" yang berpindah-randah dari satu parti tanpa hala tuju. Sekilas sejarah politikus nomad ini untuk panduan kepada generasi politik baru agar mereka menjauhkan diri dari nomad dan tidak menjadikan beliau sebagai idola dan rujukan politik.

Semasa era PBS sebagai agen perosak atas cadangan beliau parti KDM PBS terkeluar dari Barisan Nasional tetapi akhirnya PBS dengan penyesalan merujuk kembali kepada BN. Selepas itu, kecelaruan politiknya tak menentu, pernah menumpang dengan PBRS sekejap tetapi ahli-ahli parti itu usir beliau sebelum membuat kerosakan melompat ke AKAR Bersatu dengan kedudukannya sebagai timbalan menteri persekutuan dengan sikap tamak halobanya akhirnya telah diusir dari parti itu. Sekali lagi penyamarannya dikesan untuk bergabung dengan UMNO, permohonan keahliannya tidak diterima oleh parti itu dan tidak terhenti  disitu, akhirnya beliau bergabung dengan PKR dengan nasib yang sama menjadi persona non grata.
Percubaan terakhir beliau menubuhkan STAR dengan harapan menjadi payung politik kepada KDM tetapi malangnya sukunya sendiri tidak tertarik dan menolak beliau sebagai penghormatan hanya mendapat satu kerusi parlimen dan dua dewan undangan negeri atas ehsan  abangnya sendiri.

Tidak berakhir disitu dengan langkah seterusnya menubuhkan Gabungan Sabah dan cuba mempengaruhi wakil-wakil UMNO dan UPKO bergabung dengan partinya atau PBS untuk membolehkan beliau menjadi ketua menteri Sabah tetap rancangan ini hanya tinggal angan-angan Mat Jenin kerana pemimpin dan ahli-ahli umno lebih cenderung bergabung dengan Warisan atau Bersatu.... #KESIAN DELOOO#



Soraya Kigis
21 February 2019
Kota Kinabalu Sabah

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?