KM TAK CAKAP NAK KAJI PASAL ANAK NEGERI(AUDIO)
Semalam timbul berita dengan headline kerajaan sabah akan kaji cadangan untuk iktiraf kaum bugis dan jawa sebagai anak negeri yang dipetik dari jawapan ketua menteri kepada pertanyaan wartawan.
Ternyata berita itu agak mengelirukan pembaca dan pelbagai reaksi.
Admin telah mendapatkan rakaman dari sesi soal jawab media bersama Ketua Menteri selepas program ketua Menteri melawat tapak pasar malam di segama kota kinabalu sempena perayaan tahun baru cina.
Berikut adalah antara petikan dan rakaman audio pada sesi sidang media semalam.
"Setiap kaum yang ada di negara ini perlu mempunyai wakil yang dilantik mengikut lunas undang undang sedia ada seperti ketua kampung atau Kapitan Cina.
Perlantikan itu juga termasuk bagi mereka yang mewakili masyarakat dari suku kaum yang bukan bertaraf anak negeri seperti Cina, Bugis dan Jawa namun ia haruslah mengikut perundangan dan bersesuaian dengan komposisi kaum yang diwakilinya agar tidak timbul pertikaian".
Comments