APA UNTUNG DAN RUGINYA PPBM KE SABAH ?
APA UNTUNG DAN RUGINYA PPBM KE SABAH
Kemasukan PPBM ke Sabah telah menjadi perbualan umum oleh rakyat Sabah, baik di kedai kopi mahupun di media alternatif. Tentu sekali akan membawa berbagai reaksi pro dan kontra. Saya sebagai pemerhati politik jika isu ini tidak ditangani dengan baik akan membawa impak politik yang tidak sihat.
Kita fahami hampir setengah juta ahli UMNO tidak termasuk ahli-ahli kompenan BN Sabah dan pada PRU14 mereka pun tidak begitu kalah teruk. Adalah dipercayai ahli-ahlinya masih setia dengan parti mereka terutama bumiputra Islam.
Kalau memberi peluang PPBM ke Sabah adakah menguntungkan Warisan? Persoalan sekarang jika ahli-ahli mantan BN menentang Warisan ada dua kemungkinan berlaku. Pertama, membuat laluan sempit kepada Warisan dan kestabilan politik Sabah tidak tercapai akan merugikan rakyat, manakala ruginya pula ramai pemimpin Warisan akan kehilangan peluang bertanding semasa PRU nanti.
Jika kita membuat perbandingan dengan Sarawak, itu andaian yang salah kerana kedudukan politik Sarawak solid, berbanding dengan Sabah, tambahan Roh UMNO itu masih melekat di jiwa orang Sabah.
Ada juga berpendapat tiada bezanya UMNO dan PPBM yang berteraskan parti Melayu masuk ke Sabah, dan mungkin agenda tuntutan Sabah akan terbantut terutamanya MA63 ke arah autonomi penuh kerana PPBM sebagai penghalang tentu sekali mengikut selera dan acuan kehendak Putrajaya.
Sebenarnya ada pandangan setengah penganalisis politik ada lebih banyak untungnya bagi Warisan dari aspek politik hanya dari segi monopoli kuasa dan peluang pemimpin sedikit berkurangan kerana kuota dalam jawatan politik dan agensi kerajaan akan berkurangan.
Untuk mengelak terjejasnya peluang Warisan wajar meletak syarat kepada PPBM terlebih dulu umpamanya tidak menghalang aspirasi tuntutan hak rakyat Sabah dan menetapkan kerusi, baik peringkat parlimen dan dewan negeri mesti didominasikan oleh Warisan sebagai tuan rumah.
PPBM tidak wajar dicurigai jika berniat memperkukuhkan kerajaan Warisan dan telah membuktikan komitmen melantik beberapa menteri dan pembantu menteri kanan dan telah menubuhkan jawatankuasa MA63.
Apa pun kita wajar berfikiran rasional dan membuat pilihan yang terbaik untuk kebaikan rakyat dan negeri ini.
Soraya Kigis
16 February 2019
Kota Kinabalu Sabah
Comments