PBS TIDAK IKHLAS TANGANI ISU PTI



PBS TIDAK IKHLAS TANGANI ISU PTI

Pertemuan ketua menteri Sabah dengan duta Filipina ke Malaysia dalam rangka perbincangan dua hala berhubung isu-isu yang dihadapi oleh Sabah-Manila, terutama berhubung keberadaan rakyat Filipina di negeri ini yang tidak berdokumen sah telah dipolitikkan oleh sebilangan pihak terutamanya parti pembangkang.

PBS melihat perkembangan ini agak gusar, sebagaimana kenyataan Datuk Jahid Jahim setiausaha agung parti itu, mendakwa ketua menteri Sabah amat lemah walaupun duta Filipina itu mengulangi bahawa tuntutan negaranya terhadap Sabah masih belum digugurkan tetapi hanya berdiam diri dan amat memalukan katanya. Tegas Datuk Jahid Jahim berkata sewajarnya tidak melayan duta negara itu berbincang tentang apa sebarang isu dan Putrajaya wajar mengambil tindakan sewajarnya dan memberi jaminan keselamatan Borneo dari ancaman Filipina". Apakah motif setiausaha Agung PBS yang cuba menghalang rancangan Manila-Sabah untuk menyelesaikan masalah yang tertunggak sejak era PBS-BN berhubung PTI dari Filipina ini?  Yang gagal mereka tuntaskan tetapi hanya pandai menyalahkan pihak lain.

Antara sebab PBS tidak berminat berhubung isu ini kerana menjadi senjata utama mereka menaikan kemarahan KDM terhadap kerajaan dan menjadi modal politik untuk mengekalkan sokongan rakyat kepada parti mereka. Adalah tidak menghairankan mantan presiden PBS diamanahkan untuk menjadi pengerusi RCI-Mykad tidak membuat langkah-langkah susulan cadangan suruhanjaya itu kerana ada udang di sebalik batu. Mantan presiden PBS merangkap Huguan Siou telah ditolak oleh kaumnya, sudah tentu ini petanda kegemilangan PBS dihujung senja dan masa depannya agak suram apalagi kedudukan sebagai pembangkang, ini akan terus melemahkan sokongan terhadap parti ini.

Untuk parti ini terus relavan tidak hairanlah akan mengunakan isu-isu moderate tanpa mengambil kira natijah umpamanya usaha Sabah-Manila mendapat bidasan dari Jahid tanpa mengira menjaga hubungan baik di antara Sabah dan negara Filipina.

Parti ini juga mengulangi pendirian anti persekutuan sudah tentu sukar dipercayai keikhlasannya, kerana semasa mereka bersama Barisan Nasional mereka tidak timbulkan isu ini hanya mereka simpan dalam peti, tetapi di buka kembali untuk dijaja demi meraih sokongan rakyat. Ingat, rakyat Sabah tidak mudah lupa ibaratkan JERAT TIDAK PERNAH LUPAKAN PELANDUK, TETAPI PELANDUK YANG SERING LUPA.



Soraya Kigis
24 February 2019

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?