TINDAKAN SHAFIE AFDAL BERKONSEPKAN POLITIK MATANG
TINDAKAN SHAFIE APDAL BERKONSEPKAN POLITIK MATANG
Datuk Seri Shafie Afdal sering dilanda ujian getir dalam perjuangan politiknya tetapi kali ini adalah amat sukar, beliau menghadapi dilema "Ditelan mati emak, dimuntah mati bapa" di tengah-tengah mendapat tentangan oleh pejuang dan ahli-ahli Warisan akibat kemasukan Bersatu ke Sabah.
Tidak sekadar dalam parti Warisan tetapi segelintir rakyat Sabah tidak dapat menerima hakikat ini kerana hanya sembilan bulan lalu mereka bermati-matian bertempur dengan parti UMNO yang dianggap sebagai parti penjajah politik di negeri ini.
Presiden Warisan melihat satu gambaran besar melangkah setapak ke hadapan mengambil keputusan tidak setuju untuk bersetuju PBBM bertapak di negeri ini, namunpun pihak penganalisis politik melihat kehadiran parti Bersatu ini akan menyempitkan peluang Warisan kerana campur tangan PPBM.
Keakuran ketua menteri Sabah ini ada yang melihat positif, tetapi tidak kurang juga yang membidas terutama Abdul Aziz Zukarnain ketua pemuda UMNO negeri, beliau mendakwa ketua menteri Sabah hanya berpura-pura tidak bersetuju kemasukan Bersatu ke negeri ini kerana telah melanggar prinsip parti Warisan yang berSlogan Sabah for Sabahan. Sebenarnya sisa-sisa pemimpin UMNO ini, amat risau kemasukan Bersatu di Sabah kerana akan mengancam kedudukan UMNO Sabah, apa lagi dipimpin oleh pemimpin yang lemah yang tidak ada trek rekod kepimpinan di negeri ini.
Ada yang beranggapan UMNO diibaratkan rumput di tepi jalan hidup segan, mati tak mahu. Keruntuhan UMNO Sabah semakin ketara, hampir semua pemimpinnya telah meninggalkan parti ini kerana dilihat masa depan yang kabur. Dari hari ke hari ahli-ahlinya berhijrah secara besar-besaran kerana kurang yakin dengan barisan kepimpinan semasa yang tidak menjamin masa depan mereka.
Sememangnya hasrat Bersatu bertapak di Sabah telah mendapat tentangan hebat, baik pemimpin dalam kerajaan dan pembangkang tetapi akhirnya mereka mengalu-alukan kedatangan Bersatu hatta PBS dan STAR atas dasar pembangunan dan kepentingan rakyat keseluruhannya.
Dengan perkembangan ini satu isyarat yang kuat menunjukkan kestabilan politik Sabah mulai tercapai, Datuk Seri Shafie Apdal mengambil contoh tindakan politik matang merestui Bersatu ke Sabah demi pembangunan yang berterusan.
Soraya Kigis
20 February 2019
Kota Kinabalu Sabah
Comments