PELARIAN FILIPINA AKAN TERJAWAB
PELARIAN FILIPINA AKAN TERJAWAB......
Kesungguhan kerajaan Warisan untuk menangani isu PTI terutama dari Filipina, mulai sudah berbuah dengan adanya pertemuan ketua menteri Sabah dengan duta Filipina ke Malaysia yang julung kali berlaku dan boleh dikira sebagai satu sejarah penting bagi Sabah. Ini merupakan satu kemajuan wajar dibanggakan kerana selama ini kita dihantui oleh keberadaan rakyat Filipina yang sukar diselesaikan kerana tidak ada pihak yang dipertanggungjawabkan hatta Manila tidak berminat dalam isu ini.
Satu lembaran baru terbuka hasil pertemuan ketua menteri Sabah dan Duta besar Filipina ke Malaysia yang mana pihak Manila akan memberi kerjasama untuk mendokumentasikan rakyat Filipina yang berada di negeri ini dan isu-isu lain yang ada hubungan di antara Sabah dan Manila. Pertemuan ini menandakan satu pengiktirafan Manila terhadap Sabah kerana menghantar wakil dutanya menghadap ketua menteri Sabah tambahan sejauh ini tidak ada tuntutan rasmi yang dikemukakan oleh Manila ke mahkamah timbang tara (ICJ).
Satu lagi perkembangan yang amat dialu-alukan penubuhan pejabat konsul Jeneral Filipina di Kota Kinabalu, walaupun masih dalam perancangan awal tetapi diyakini akan terjadi dalam masa terdekat ini. Dengan adanya pejabat ini akan memudahkan dan menjaga kebajikan warga Filipina di negeri ini sebagaimana pejabat Konsul Indonesia yang ada di Sabah untuk menangani sebarang permasalahan rakyatnya di Sabah.
Menurut Duta Filipina itu, tuntutan negaranya terhadap Sabah sebagai salah satu wilayah miliknya masih kekal tetapi tidak aktif. Apa yang difahami dalam bahasa politik memberi gambaran bahawa minat Manila menuntut Sabah sebagai miliknya tidak mendesak. Hanya sudah menjadi dasar sebuah negara itu dan untuk menggugur tuntutan itu adalah mustahil kerana memerlukan sokongan majoriti dari pemimpin politik, tambahan akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap kerajaan Presiden Durtate.
Tuduhan pembangkang mengaitkan Warisan penternak pendatang tanpa izin adalah satu tuduhan politik murahan hanya digunakan untuk mengundang kemarahan rakyat terhadap kerajaan Warisan. Isu ini tidak pernah terlepas pasti akan dikaitkan dengan sesiapapun pemimpin dan kerajaan yang memerintah Sabah terkecuali Barisan Nasional kerana banyak saksi mata sehinggakan ramai yang dipenjarakan melalui akta ISA kerana memberi mykad kepada PTI dengan motif supaya terus menyokong kerajaan Barisan Nasional.
WARISAN JUARA PENGHAPUSAN PTI,
kesungguhan kerajaan Warisan membuat pembersihan PTI hasil tinggalan Barisan Nasional telah bermula sejak seawal pemerintahannya dengan menggambling agensi-agensi Imigresen, JPN, KDN, Polis dan badan-badan bukan kerajaan yang bertauliah.
Kesungguhan kerajaan negeri akan gagal jika orang awam dan swasta tidak memberi kerjasama untuk menangani isu ini, kerana setiap individu ada tanggungjawab umpamanya melapor dan bekerjasama dengan pihak yang berwajib, dan pihak swasta seharusnya tidak membenarkan mana-mana pihak mengambil pekerja atau menggaji mereka yang tidak mempunyai dokumen yang tidak sah.
Soraya Kigis
23 February 2019
Comments