FITNAH PEMBANGKANG TIDAK UNTUNGKAN RAKYAT SABAH
Dunia semakin maju, lintas sempadan semakin tidak terkawal terutama kepada negara-negara pertumbuhan ekonominya tinggi dan peluang pekerjaan yang banyak.
Sabahpun mengalami fenomena ini dari negara jiran Indonesia dan Filipina, mungkin negeri ini ada kelebihan tarikan ekonomi dan ada pihak-pihak yang nakal menggunakan pendatang ini untuk kepentingan politik, sebagaimana era Barisan Nasional dikhabarkan memanipulasi untuk tujuan mengekalkan kuasa politik.
Sisa-sisa kerja jahat peninggalan Barisan Nasional ini telah menjadi bebanan kepada Warisan, namunpun begitu sebagai kerajaan bertanggungjawab cuba menyelesaikan isu-isu ini tanpa membelakangkan undang-undang dan peraturan yang sedia ada, sama ada memberi kerakyatan siapa yang layak dan memenuhi syarat-syarat yang telah di tetapkan. Usaha-usaha murni kerajaan Warisan ini telah disalah anggap oleh pihak pembangkang terutama parti-parti yang berteraskan KDM malahan mereka membuat tuduhan liar bahawa parti ini adalah Pro kepada pendatang tanpa izin, menurut mereka dalam masa sembilan bulan telah memberi beribu-ribu orang kerakyatan terutama dari Filipina. Pembangkang lebih cenderung memainkan sentimen menaikan kemarahan rakyat terhadap isu-isu PTI sehinggakan setiap usaha kerajaan untuk menyelesaikan arah itu mendapat sorotan dari pembangkang agar usaha ini gagal supaya dijadikan yang menguntungkan mereka.
Betapa bejatnya mereka menuduh timbalan menteri dalam negeri terlibat dalam pemberian warganegara segera, gara-gara sekeping gambar bersama dengan seorang individu melalui postingnya di laman sosial. Setelah dirujuk kes ini kepada Datuk Azis Jamman beliau merasa amat terkejut tambahnya lagi secara kebetulan terjumpa di pejabatnya dan urusan individu ini beliau tak tahu menahu.
Sebagai rakyat yang bertanggungjawab haruslah tahu menilai tuduhan-tuduhan pembangkang kerana mereka hanyalah cuba meneguk di air yang keruh dengan mengalunkan sentimen per- kauman dan mencetuskan provokasi liar yang hanya akan memporak-perandakan bangsa dan negara sedangkan semasa mereka memerintah mereka gagal mengatasi isu PTI ini.
MOLLY LIPS
Comments