KETUA WIRA KOTA BELUD SIFATKAN YB HAJIJI PANDAI BUAT LAWAK



KENYATAAN DATUK SERI HAJIJI MOHD. NOOR DIKECAM DAN MENJADI BAHAN SINDIRAN MAJORITI RAKYAT SABAH

Bukan main syok sendiri kenyataan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor memainkan isu BERSATU. Kononnya BERSATU pasti akan melebarkan sayapnya ke negeri Sabah dalam sedikit masa lagi. Cuma tunggu masa katanya.

Datul Seri Hajiji Mohd Noor seperti orang khayal seolah-olah beliau berada di dalam dunianya sendiri berkata dan membuat kenyataan tanpa melihat kiri kanan. Tanpa rasa malu beliau bercakap seolah-oleh mewakili majoriti rakyat Sabah. Sehinggakan kenyataan beliau dikecam dan menjadi bahan makian serta sindiran majoriti rakyat Sabah.

Datuk Seri Hajiji Mohd. Noor sudah lupakah bahawa majoriti rakyat Sabah telah bersuara dan menolak mereka melalui suara demokrasi diterjemahkan dalam peti undi pada PRU-14 lepas? Saya ingin menasihatkan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Hajiji Mohd. Noor agar beliau mengukur baju biarlah di badan sendiri.

Anda lihatlah sekeliling anda, majoriti rakyat Sabah mengecam dan memandang sinis usaha anda mengkhianati aspirasi rakyat Sabah untuk mentadbir negeri ini dengan parti sendiri. Adakah anda sedikit pun tidak berasa malu wahai Datuk Seri Hajiji Mohd. Noor?

rakyat Sabah bukan menolak sistem demokrasi yang diamalkan sejak merdeka. Tetapi, cara khianat dan tindakan terdesak anda untuk meneruskan karier politik dengan apa cara sekalipun bukan sedikit rakyat Sabah yang mencaci dan memaki-hamun anda dan rakan-rakan sepengkhianat anda sekalian.

Kepada rakan pimpinan dari Parti Pribumi BERSATU Malaysia pula, anda boleh melihat rakyat Sabah telah bersuara semasa PRU14 yang lepas bahawa aspirasi rakyat adalah untuk melihat Negeri Sabah ini ditadbir urus oleh parti tempatan sendiri. Dan ini telah pun menjadi kenyataan pada hari ini. Kestabilan dan kelicinan sistem pentadbiran pada hari ini jauh lebih baik berbanding zaman UMNO BN di bawah pentadbiran sebelum ini dalam konteks ketelusan dan menjaga amanah rakyat. Kerajaan yang ada pada hari ini bukanlah kerajaan pencuri, penyamun, perompak, penyangak yang dikenali sebagai kleptokrasi di peringkat global.

Kami rakan pimpinan kerajaan dalam Parti Warisan Sabah (WARISAN) berpendirian bahawa aspirasi majoriti rakyat Sabah haruslah dihormati. Ia lantas mengotakan janji PPBM bahawa WARISAN akan mengetuai pentadbiran Kerajaan Sabah manakala BERSATU tidak akan melebarkan sayapnya ke Sabah sama seperti WARISAN tidak akan mengganggu-gugat kestabilan politik di Semenanjung Malaysia. Dasar dan janji ini kita akan hormati sampai bila-bila selagi kita berada dalam platform yang sama memastikan Malaysia terus subur dari konteks ekonomi dan pembangunan modal insan yang disegani di peringkat antarabangsa.

Pimpinan BERSATU seharusnya menghormati keputusan rakyat Sabah. Usahlah dilayan kehendak dan permintaan sesetengah pemimpin yang dipanggil pengkhianat dan penyangak oleh rakyat Sabah sendiri.

Pimpinan BERSATU, percayalah bahawa mereka hanya bertujuan untuk memecah-belahkan rakyat Sabah khususnya dan parti-parti komponen dalam kerajaan pada hari ini berdasarkan konsep "Divide & Rules" konsep sama diamalkan oleh penjajah suatu ketika dahulu. Ia hanya kepentingan peribadi mereka yang cuma bertujuan untuk melunaskan dendam kesumat mereka agar dapat membalas dendam ke atas kekalahan mereka yang amatlah memalukan pada PRU14 lepas di tangan rakyat melalui saluran demokrasi.

Marilah kita bersama-sama memegang janji serta amanah rakyat Malaysia untuk membawa Malaysia menuju negara gemilang diperingkat antarabangsa.


DATU ABDUL HAFIZ BIN DATU ABDULLAH
Ketua Wira Warisan Bahagian P.169 Kota Belud.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?