PBS TAK SEBAIK SEPERTI YANG DI SANGKA
Parti-parti tempatan yang paling teruk rekodnya adalah parti PBS kerana mempunyai pendirian yang tidak tetap hanya mengejar keuntungan tanpa mempedulikan Intergriti diri mereka.
Apa tidaknya keluar masuk Barisan Nasional, bagi pemimpin parti ini sudah menjadi perkara biasa bagi mereka dan pernah satu ketika dulu berpatah arang dengan Kerajaan Persekutuan tetapi akhirnya menjilat Musa Aman kerana mantan ketua menteri itu telah menawarkan jutaan ringgit pada PBS asalkan kedudukan mantan ketua menteri itu terus menjadi ketua menteri Sabah dan untuk memperkuatkan lagi UMNO Sabah.
Bukan hanya setakat itu saja lidah bercabang PBS, siapa tidak ingat pada 1986 telah menipu USNO kerana tidak dilibatkan membentuk kabinet Sabah setelah mendapat cukup majoriti walaupun pada awalnya ada persefahaman yang dipanggil PBS+(plus).
Agak sukar dilupakan terutama orang miskin, pembatalan Amanah Saham Sabah (Amanah Tun Mustapha) dan wang itu lesap begitu saja setelah di audit oleh auditor antarabangsa Prince Waterhouse Yayasan Sabah kehilangan RM4 billion.
Kezaliman seterusnya tanya saja kakitangan kerajaan negeri terutama bumiputra Islam, dilayan dengan tidak adil umpamanya Haji Matusin(Datuk) ayahanda kepada YB Azhar Datuk Matusin wakil rakyat Karambunai, beliaunya pada ketika itu ditukarkan ke bahagian di lembaga kebudayaan untuk menyelia bahagian tarian dan budaya. Hampir semua kakitangan kerajaan mengenali Sabondok yang memainkan peranan penganiayaan kepada pegawai yang tidak menyokong PBS ditukar atau diturunkan pangkat oleh beliau.
PBS menunggu waktunya untuk memerintah sekali lagi kerana situasi era politik 80an akan kembali kerana perpecahan parti bumiputra Sabah waktu itu Berjaya dan USNO, tetapi era 2019 perpecahan lebih teruk lagi parti bumiputra Islam telah berpecah kepada UMNO, USNO, Bersatu dan Warisan.
Ramalan PRU15 dijangka bumiputra Islam akan kehilangan kuasa akan diambil alih oleh GBS jika perpecahan ini berterusan.
Orang orang Sandakan berwaspadalah. Memangkah DAP sama dengan mempertahan Warisan yang dipimpin oleh ketua menteri dari pantai timur tempat kamu sendiri.
MOLLY LIPS
NEW YORK
Comments