BETULKAH MUSA AMAN TIDAK TAHU APA ITU PROJEK I.C ?
Mantan ketua menteri Sabah yang penuh kontroversi, Tan Seri Musa Haji Aman lebih baik tutup mulut, usah berbicara isu mykad dan pendatang tanpa izin. Adalah lebih baik menumpu perhatiannya pada kes makahmah dengan puluhan tuduhan yang melibatkan rasuah, salahguna kuasa, laundering money dan membersihkan dirinya dari berbagai persepsi negatif oleh masyarakat.
Namunpun beliau menafikan tidak terlibat dengan projek mykad atas alasan suruhanjaya siasatan pendatang tanpa izin tidak pernah memanggil dia (Musa) sebagai saksi. Itu bukan satu alasan kerana dia berlindung di belakang tabir kuasa sebagai ketua menteri pada ketika itu, bersamaan juga dengan kes rasuahnya tidak pernah timbul pada waktu itu tetapi sepas dia terguling jatuh dari ketua menteri, barulah beliau didakwa dengan berbagai kesalahan jenayah.
Semasa pentadbiran Musa Aman penempatan haram PTI bagaikan cendawan tumbuh terutama kampung di atas air seperti Pulau Gaya tapi tidak pernah diambil tindakan sedangkan beliau adalah pengerusi Majlis Kesalamatan Sabah. Malahan tidak pernah bertindak dengan perkara itu, mungkin kah juga penduduk Setinggan ini terlibat dengan projek mykad sebagai penyokong Barisan Nasional?
Penglibatan Musa dengan projek mykad ini bukan hanya Dr. Chong Eng Leong saja menyatakan perkara ini tetapi Dr. Jeffrey Kitingan sendiri turut membenarkannya termasuk dalam buku 81 DALIL KENAPA MUSA AMAN HILANG KELAYAKAN MENJADI KETUA MENTERI SABAH.
Bukti seterusnya kejatuhan PBS pada 1994 di tangan Barisan Nasional adalah faktor utama kekalahan undi dari projek mykad ditaja oleh umno, namunpun tidak seorang pun pemimpin dari parti itu didapati tertuduh tetapi ramai yang di kambing hitamkan di bawah tahanan akta ISA.
Musa tidak boleh mencuci tangan dengan permasalahan PTI kerana di zaman pemerintahannya lah pertambahan penduduk Sabah amat ketara sekali. Termasuk pemegang mykad warga Pakistan yang tinggal di Telupid terlalu ramai dan tidak menghairankan dalam musim pilihanraya setiap pusat peti undi ada saja orang Pakistan tidak pandai berbahasa Malaysia kelihatan mengundi.
SORAYA
Comments