PANDIKAR JUAL APA DI SANDAKAN?



PRU Sandakan berbaki dua hari lagi, hampir kesemua pemimpin seluruh Malaysia berkampung di Sandakan baik dari kerajaan mahupun pembangkang.

Yang paling menarik sekali figure Pandikar Amin freelance politikal yang tidak berparti datang membantu calon PBS untuk tampil sebagai pemenang.
Walaupun puluhan tahun lepas, tetapi ramai masih ingat perseteruan Pandikar Amin dengan PBS kerana gara gara dipecat speakar dewan undangan negeri Sabah oleh parti itu, ekoran dari itu menubuhkan Parti Angkatan Keadilan Rakyat (Akar) tetapi gagal menyaingi PBS akhirnya dibubarkan.

Menurut sumber yang dipercayai sebelum ini hubungannya dengan Datuk Shafie Apdal, ketua menteri Sabah adalah rapat sehinggakan Datuk Seri Shafie Afdal lah yang berperanan utama sehingga Pandikar Amin dilantik sebagai Speakar Dewan Rakyat.

Melihat keadaan Barisan Nasioanal sudah terpesong dari hala tujunya, secara kebetulan Datuk Seri Shafie Afdal telah meninggalkan UMNO lalu menubuhkan parti baru. Orang pertama yang diajak menyertai parti baru ini adalah Pandikar Amin dengan tujuan untuk memperbetulkan keadaan kerosakan yang dibuat oleh Barisan Nasional terutama kes 1MDB tetapi Pandikar Amin lebih memilih membela kemungkaran mantan perdana menteri Najib itu.

Sebelum itu juga, telah menzahirkan hasratnya meninggalkan kerusi Speakar Dewan Rakyat dengan Tun M untuk menyertai gerakan Tun M menjatuhkan Najib Razak.
Dalam situasi ini Pandikar terperangkap diantara Dua Darjat sehinggakan kedua dua pihak tidak menaruh kepercayaan pada beliau lagi. Pada PRU14, Pandikar Amin mempunyai iltizam tinggi untuk menggantikan Musa Aman sebagai ketua menteri jika Barisan Nasional menang dalam pihan raya itu, tetapi Najib kurang yakin dengan kesetiaannya justeru tidak membenarkan bertanding dalam pilihanraya lepas.
Kemasukan Bersatu di Sabah Pandikar terlibat secara langsung, sebagai bukti telah terlibat beberapa siri mesyuarat untuk persediaan pelancaran Bersatu di Sabah tetapi malang sekali lagi beliau tidak dijemput oleh Tun M untuk menyertai parti itu atas dasar kurang percaya dengan pendirian Pandikar.

Sekarang berkempen secara bersendirian tanpa mewakili mana mana parti hanya menempel menggunakan platform USNO menagih sokongan dari pengundi Sandakan, terutama bumiputra Islam untuk menyokong calon PBS bekas musuhnya 30 tahun lebih yang lalu, dengan menuduh pemimpin PH berbohong kepada rakyat kerana tidak menunaikan janji janji mereka.
Janji PH tidak dapat ditunaikan ada alasan tersendiri, berbanding dosa dosa Pandikar Amin sebagai speakar melindungi pemimpin yang mungkar, kleptokrasi yang terbukti kebenarannya sedikit demi sedikit.

"Sesungguhnya kejujuran menunjukkan kepada perbuatan baik, dan perbuatan baik menunjukkan kepada surga dan sesungguhnya seseorang yang membiasakan jujur ia akan dicatat di sisi Allah sebagai orang yang jujur.

Dan, sesungguhnya dusta menunjukkan kepada perbuatan dosa, dan perbuatan dosa menunjukkan kepada neraka, dan sesungguhnya seseorang yang biasa berdusta ia akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta.”(HR. Bukhari Muslim).

MOLLY LIPS
NEW YORK

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?