PPBM SABAH MASIH DIBAYANGI UMNO



PPBM (Bersatu) telah memasuki fasa kedua yang mana 25 bahagian parlimen penaja penajanya telah menerima watikah dari pengerusinya Dr. Mahathir Mohammed, perdana menteri Malaysia.

Kita juga dapat menyaksikan ada beberapa nama besar ahli ahli politik yang berpengaruh tidak tersenarai sebagai ketua ketua bahagian Bersatu, namunpun pada peringkat awalnya terlibat dan ada berperanan membawa PPBM masuk ke Sabah.

Presiden Parti Harapan Sabah, Datuk Lajim Haji Okin merangkap presiden persatuan Bisaya Sabah yang diberi penghormatan oleh suku nya sebagai Janang Goyo. Komitmen dan pengorbanannya terhadap Bersatu telah membubarkan parti pimpinanya dengan keahlian seramai 64K demi memperkukuhkan Bersatu di Sabah.
Beliau juga adalah disebut sebut pada awalnya akan mengetuai Bersatu Sabah, akhirnya terkeluar dari senarai sebagai ketua bahagian PPBM Sabah.

Figur politik yang terkenal dengan kekayaan pengalaman sepak terajang politik negara dan pernah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan, pernah menjadi speaker Dewan Rakyat dan Dewan undangan negeri Sabah. Bukan setakat itu, beliau juga pernah menjadi anggota kabinet persekutuan dan negeri Sabah dan terkini sebagai presiden USBO.
Pengelibatan beliau membawa PPBM ke
Sabah yang telah diketahui umum, akhirnya Tan Seri Pandikar Amin senasib dengan Lajim Okin tidak turut tersenarai sebagai ketua penaja bahagian Bersatu Sabah.

Datuk Mohd Salleh Said seorang lagi veteran politik Sabah yang mempunyai pengalaman luas dalam politik di peringkat persekutuan dan negeri, yang juga mantan ketua menteri Sabah dan ahli kabinet persekutuan di era Najib. Pemimpin ini juga terkenal mempunyai grassroot yang kuat di seluruh Sabah juga terkeluar dari senarai pemimpin kanan Bersatu Sabah.
Ramai lagi pemimpin yang boleh mengubah senario politik Sabah tidak dialu alukan menyertai parti PPBM ini.

Ekoran dari itu, menurut sumber kumpulan mantan mantan pemimpin UMNO yang tidak di libatkan dalam PPBM akan membuat satu kumpulan politik menggunakan platform parti tempatan kemungkinan besar parti USNO untuk menghadapi PRU15.

Apapun perkembangan politik muktahir ini, adalah meramaikan pesta demokrasi tetapi rakyatlah yang akan menjadi hakim untuk menentukan siapakah pilihan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?