KEHADIRAN PAS,STAR DAN UMNO SUKARKAN PBS DI SANDAKAN
Sejak awal lagi ramai meramalkan peluang pembangkang untuk merampas kembali parlimen Sandakan adalah agak sukar.
Oleh sebab itu lah sejak permulaan lagi hampir semua pembangkang, sorong papan tarik papan meletak calon mereka tetapi akhirnya PBS mencuba nasib dengan harapan agar nasib menyebelahinya dengan keadaan transisi peralihan kuasa kerana kerajaan yang dianggap masih lemah dan isu-isu tempatan.
Semangat parti pembangkang adalah luar biasa hampir semua berhasrat membantu PBS menawan kembali parlimen Sandakan di tangan DAP. Gabungan parti tempatan dan luar telah memberi komitmen, bertarung habis-habisan mengarahkan penyokong mereka memastikan kemenangan yang besar kepada PBS.
Paling menarik adalah kemunculan USNO dan PAS yang turut sama memberi komitmen membantu PBS. Sejauh manakah pengaruh kedua-dua parti ini untuk menarik pengundi Islam yang terdiri dari bangsa Suluk, Bajau dan Bugis yang dianggap oleh PBS adalah pendatang haram.
Akibat kesilapan Cybertroper yang bersimpati dengan PBS terlalu menghina bangsa ini, tentu sedikit sebanyak menjejaskan peluang PBS meraih undi simpati dari mereka ini.
Yang menghairankan, apa pula peranan PAS di kawasan Cina yang dianggap Taliban itu kerana sering menuduh kaum Cina dengan gelaran komunis, adalah tentu tidak membawa keuntungan apa-apa kepada PBS.
Peranan PAS tidak diperlukan di PRK Sandakan kerana kedua-dua calon adalah non muslim, mungkin sesuai berkempen untuk calon bebas untuk mengurangkan undi Pakatan Harapan.
Apakah PAS mengamalkan double standard? Kalau di Malaya tidak boleh berkempen untuk orang non muslim tetapi di Sabah boleh kerana terpaksa menggunakan logik agama membolehkan mereka dibenarkan berbuat demikian. Satu Malaysia tahu parti ini dibenarkan berbohong demi menyelamatkan diri dan partinya.
Ingat orang-orang Sandakan, PRK parlimen Sandakan ini adalah amat penting bukan pada DAP, tetapi pada Datuk Seri Shafie Apdal kerana kekalahan Vivian akan menjatuhkan aura ketua menteri kita yang membawa pembaharuan kepada Sabah.
Hari pengundian adalah jatuh pada 11 Mei ini, masuk hari ke 6 berpuasa bagi umat muslim/muslimah, sewaktu memangkah undi, bayangkan lah wajah Mohd Shafie Apdal atau Maximus.
Soraya
Comments