ISU CALON;PEMBANGKANG CUBA BERBOHONG
Ketika ini pembangkang mendakwa calon DAP Vivian Wong adalah bukti DAP mengamalkan Kronisme. Tetapi mereka tidak sedar yang calon PBS puan Linda Tsen dulu menjadi calon dan wakil rakyat di Batu Sapi adalah kerana menggantikan Suaminya yang meninggal dunia.
Pembangkang juga mendakwa Vivian masih muda dan tidak berpengalaman. Namun mereka tidak sedar yang Linda Tsen Ketika mula menjadi wakil rakyat cuma berpengalaman sebagai isteri kepada wakil rakyat dan hasilnya selama dua penggal di Batu Sapi sebagai ahli parlimen tidak ada perubahan yang berlaku walaupun Linda adalah wakil kerajaan.Kerana tiada perubahan akhirnya Linda ditolak oleh pengundi Batu Sapi pada PRU14.
Pembangkang cuba menyakinkan pengundi Sandakan andai Linda dipilih Linda akan menjadi suara kepada rakyat Sandakan untuk mengimbangi dan menguatkan pembangkang.
Adakah Sandakan cuma mahukan suara bukanya suara berserta pembangunan yang boleh dibawa seandainya Vivian dipilih ke dewan rakyat?
Sandakan lebih perlukan Vivian untuk membawa suara ke dewan rakyat dan membawa pembangunan ke Sandakan berbanding Linda yang telah pun ditolak di Batu Sapi.
Dan jika dipilih sudah pasti Vivian akan meneruskan dan melaksanakan apa yang mendiang ayahnya telah rancang sebelum ini.
Apa yang pembangkang cuba suarakan di Sandakan cuma suara dan suara itu tidak akan membawa pembangunan atau apa apa perubahan ke Sandakan.
MOLLY LIPS
NEW YORK
Comments