JEFFREY NASIHAT PENYOKONGNYA SUPAYA BERSIKAP MATANG DAN JAGA BAHASA





Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan ingin menyampaikan mesej kepada semua Sabahan...

Jagalah tutur bicara apabila sedang membincangkan sesuatu isu. Kawalan emosi itu sangat penting agar kematangan ketika mengemukan pandangan itu dapat dilihat dan dihormati.

Agree to disagree

Jangan paksakan pandangan anda diterima tetapi anda boleh berusaha untuk menyakinkan kepada orang ramai untuk mempertimbangkan pandangan anda itu ada logik dan kebenaran yang disertakan dengan hujah yang berfakta.

Perbezaan pendapat atau pandangan itu perlu dihormati dan dilihat serta difahami secara baik. Jangan rendahkan pandangan orang lain sebagaimana anda tidak mahu pandangan anda diperlekehkan.

Dalam dunia politik, persengketaan ideologi itu perlu dilihat pada sudut positif. Ideologi politik parti dan perjuangan kita benar pada perspektif kita dan demikian juga pihak lawan. Raihkan perbezaan itu dengan penuh hormat dan berbicaralah dengan menggunakan tutur kata sesuai dengan kematangan umur dan minda.

Gunakan telinga untuk lebih mendengar dan bersuara sekiranya perlu. Menjadi saksi kepada segala kejadian dan bersuara atas prinsip kebenaran.

#Mesej DDJK untuk semua Sabahan.

Sumber:Whatsapp group

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?