USAHA BERTERUSAN DARELL TIDAK WAJAR DIPOLITIKAN
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau sinonim dengan MITI adalah kementerian kanan berfungsi amat penting tanpa peranan kementerian ini sudah pasti berlaku kelembapan pelaburan langsung antarabangsa (FDI) yang amat diperlukan oleh Malaysia.
Makanya menteri yang memegang portfolio kementerian ini bukan calang calang orangnya. Sejak wujudnya kementerian ini hanya pernah disandang oleh tiga individu, Tengku Razaleigh, Tan Seri Rafidah Aziz dan Datuk Mustapha Mohammed. Kini, Datuk Darell Leiking anak dari Sabah yang wajar dikagumi oleh rakyat Sabah.
Dalam masa yang singkat usaha MITI yang diketuai oleh menterinya merekod pertumbuhan memberangsangkan bagi pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan untuk semua sektor, iaitu meningkat 48 peratus kepada RM80.5 bilion sepanjang tahun lalu, angka itu merupakan panduan penting bagi membantu orang ramai memahami kecenderungan keadaan ekonomi negara.
“Pada masa sama, FDI daripada Amerika Syarikat naik 184.9 peratus atau sebanyak RM2.1 bilion kepada RM3.2 bilion pada tahun lalu berbanding RM1.1 bilion pada 2017.
“Bagaimanapun, bukan Amerika Syarikat dan China sahaja yang sedang mempertingkatkan pelaburan mereka, sebaliknya pelabur Indonesia turut melabur sebanyak RM9 bilion dalam bidang pembuatan yang juga peningkatan drastik berbanding hanya RM0.5 juta pada 2017.
Datuk Darell Leiking dipertanggungjawabkan mengembalikan maruah negara, pada satu ketika dulu adalah mendapat jolokan Harimau Asia kerana ekonominya berkembang pesat. Setelah itu akibat faktor 1MDB kemerosotan ketara telah berlaku, KDNK yang diramalkan oleh bank dunia hanya 3.9 peratus ke bawah. Namun pada tahun ini, berkat usaha yang gigih dari semua pihak dan MITI dalam suku tahun pertama KDNK berkembang 4.5 peratus.
Usaha kempen menarik pelabur dari luar, MITI memainkan peranan penting menjelajah ke seluruh dunia untuk menerangkan dasar dan polisi bahawa Malaysia adalah tempat kondusif untuk melabur dengan selamat dan menguntungkan bagi pihak pelabur.
Hanya orang yang kurang bijak saja mempersendakan usaha menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam rangka kempen menarik pelaburan dari luar ini. Sehingga mereka katakan beliau makan angin dan menghabiskan wang rakyat sedangkan ada bukti hasil kerja di depan mata pencapaian MITI yang diterajui Darell Leiking.
Comments