PRK SANDAKAN BUKTI GABUNGAN PEMBANGKANG SABAH LEMAH
Pada mulanya PRK Sandakan dijadikan medan asid test oleh parti pembangkang, sejauh mana kah parti mereka masih dapat sambutan selepas pasca PRU14.
Belum pernah kita saksikan kesatuan pembangkang menghadapi PRK Sandakan kerana hampir kesemua pemimpin mengambil bahagian dalam kempen tersebut kecuali GBS dari Sarawak.
Peringkat permulaan gabungan PH-WARISAN merasa bahang persaingan dibayangi oleh kekalahan PH sebanyak tiga kali berterusan, sehinggakan pemimpin utama gabungan PH turun padang membantu kempen pilihanraya kecil ini, kecuali Tun Mahathir perdana menteri Malaysia yang tidak turut bersama dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung PRK ini.
PRK Sandakan mendapat pujian dari suruhanjaya pilihanraya, satu satu nya PRK yang memenuhi peraturan tanpa melanggar kesalahan pilihanraya. Ini bermakna pertarungan calon calon bertanding adalah benar benar bermain di padang yang rata kerana kesemuanya diberi peluang tanpa dikenakan sekatan terhadap parti dan calon yang bertanding terutamanya dari pembangkang dan bebas.
Akhirnya PBS tampil bertanding, namunpun pada mulanya merasa tidak pasti boleh memenangi PRK itu, tetapi dengan dorongan dan galakan parti parti pembangkang, baik lokal mahupun dari luar telah memberi jaminan memastikan PBS keluar sebagai pemenang dalam persaingan itu, menaikan moral PBS.
Walaupun begitu PBS tetap menghadapi kekalahan dengan majoriti agak besar dengan majoriti 11,521 undi. PBS telah kehilangan momentum sejak kekalahan TS Pairin dan bukan lagi presiden parti itu.
Aura PBS menurun drastik setelah tidak lagi dipimpin oleh Hoguan Siou TS Pairin Kitingan, manakala Maximums Ongkili sebagai presiden baru belum dapat diterima oleh majoriti kaum KDMR. Maximus gagal membaca isyarat dari Pairin bahawa di antara STAR dan PBS wajar bergabung untuk synergi baru sebagai wadah KDMR.
Maximus juga gagal membaca aliran sokongan kaum Tionghua terhadap parti ini, walaupun jelas pada PRU14 yang lalu semua calon yang diletak bertanding atas tiket parti itu, tiada satu kerusi pun yang menang.
PBS akan menghadapi satu suasana laluan yang sukar di era ini, apa lagi bersendirian kerana sudah tentu tidak lagi popular dengan bumiputra Islam mahu kaum Cina. Cengkaman dengan KDM sudah longgar, tidak seperti sebelum ini kerana berlindung di bawah kuasa Barisan Nasional.
Prinsip itu adalah priority yang penting, wajar diberi keutamaan kerana perjuangan asas kita adalah untuk membantu dan melindungi rakyat yang perlu pembelaan dari kita.
Soraya
Comments