RAKYAT PUJI KEPRIHATINAN KETUA MENTERI SABAH



Kerajaan Warisan baru mengambil alih kerajaan, dalam usia setahun tentu kedudukan kewangannya tidak stabil kerana hutang hutang kerajaan lama (bon) yang ditinggalkan mandatori harus dibayar tetapi atas ke perhatian Datuk Seri Shafie Apdal, ketua menteri Sabah membayar bonus kepada kakitangan awam Sabah kerana beliau amat memahami kesulitan yang dihadapi oleh kakitangan awam di negeri ini yang menghadapi kos hidup yang tinggi kesan dari peninggalan pemerintahan lama.

Hasrat kerajaan Warisan memenuhi janji janjinya pada rakyat tidak akan terlaksana dengan berkesan, tanpa ada kerjasama yang erat dari pegawai pegawai kakitangan awam agar komited melaksanakan polisi polisi dasar kerajaan yang membawa manfaat pada rakyat dan negeri ini.

Bonus sebanyak RM500 memang nilainya tak seberapa tetapi hargai lah keikhlasan kerajaan pimpinan Datuk Seri Shafie Afdal dalam keadaan kewangan yang tidak mengizinkan, beliau sanggup mencari jalan untuk memberi bantuan hari raya agar sama sama dapat merasai suasana hari raya dengan penuh kegembiraan bersama keluarga dan sahabat handai.

Semoga rakyat dapat memahami situasi kewangan kerajaan ketika ini yang mana sedang menghadapi kesulitan pendapatan kerana sumber utama hasil dari kayu balak  ada larangan mengimport untuk mengurangkan korupsi dalam sektor ini. Namunpun kerajaan Warisan tidak lagi bergantung harap dari hasil kayu kayan tetapi mencari sumber baru dalam sektor oil&gas, sektor pertanian, perikanan dan Industri. Pada ketika ini sudah ada pelabur, terutama dari negara China hasil dari lawatan ketua menteri Sabah dan rombonganya yang baru lalu, dan ada negara negara lain juga telah menanda tangani MoU untuk menanam modal di negeri ini tidak lama lagi.

Kerjasama di semua peringkat diperlukan untuk menyelesaikan semua permasalahan lama agar kerajaan dapat menumpukan perhatian dengan permasalahan rakyat dan memajukan negeri ini agar setaraf dengan negeri negeri lainnya di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?