BERANIKAH HAJIJI BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH?
Beranikah Hajiji bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak terlibat dalam jawatankuasa task force memberi mykad (projek ic) pada PTI untuk membantu UMNO menjatuhkan kerajaan PBS di era 90an dan telah menjadi cagaran menjadi menteri sepanjang kerajaan Barisan Nasional memerintah di Sabah ketika itu.
Dalam road show nya, Penyelaras Bersatu Versi Sabah (Hajiji) tidak bersetuju dengan kerajaan semasa untuk memberi dokumen pada pendatang tanpa izin umpamanya dari Pakistan, Philipina dan Indonesia adalah amat mengelirukan, siapakah yang maksudkan oleh beliau ini, adakah kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri?
Berhubung kerajaan negeri yang diterajui oleh Warisan dan sekutunya dari PKR dan DAP, ketua menteri Sabah berulang kali menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai kapasiti mengeluarkan sebarang bentuk dokumen berhubung pendatang tanpa izin ini, atau migrasi dari luar baik disebabkan oleh pelarian perang, ekonomi atau apa-apa sebab sekali pun.
Apakah mungkin Penyelaras Bersatu Sabah ini menunding jari kepada kerajaan Persekutuan-PH yang memberi dokumen kepada pendatang haram ini, sebagaimana amalan semasa kerajaan Barisan Nasional untuk membantu sekali lagi agar BERSATU dapat menguasai Sabah?
Tidak mungkin Menteri Dalam Negeri dengan tegasnya setiap pemberian dokumen atau taraf kewarganegaraan wajib melalui lunas undang-undang yang sedia ada "Ia selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Citizenship Rules 1964, taraf kewarganegaraan seseorang individu itu, ditentukan berdasarkan taraf kewarganegaraan ibu bapa kandungnya dan status perkahwinan yang sah mengikut lunas undang-undang yang sedang berkuat kuasa sewaktu kelahiran berlaku," katanya.
Sepatutnya adalah kewajarannya pengerusi penyelaras Bersatu Sabah itu, berada di PRK Sandakan untuk membantu calon PH dengan mengerahkan ahli-ahli Bersatu yang didakwa itu hampir 100K yang mendaftar dengan parti itu setakat ini.
Melihat kandungan ucapan Hajiji mungkin akan mengecewakan Pengerusi PH, Dr. Mahathir kerana tidak selaras dengan janjinya bahawa kedatangan Bersatu ke Sabah adalah bukan untuk merampas kerajaan dari Warisan tetapi menguatkan kerajaan negeri yang diterajui oleh Warisan.
Adalah satu kesilapan besar bagi pihak Bersatu Pusat melantik individu ini, kerana dari dulu dikenali sebagai pemimpin yang lemah dan kurang bijak serta tidak mempunyai kebolehan sebagai pemimpin utama. Mujurlah pihak Bersatu Pusat tidak memberi sebarang kuasa eksekutif pada beliau, kalau tidak alamat lah Bersatu Sabah akan cepat hancur lebur.
MOLLY LIPS
NEW YORK
Comments