RAKYAT PERLU MATANG HADAPI ISU POLITIK SEMASA



Orang ramai masih dibayangi persepsi dengan kerajaan lama (BN) kerana suatu ketika dahulu sewenang-sewenangnya menggunakan kuasa institusi agensi kerajaan sebagai tempat berselindung dengan apa saja kesalahan jenayah yang mereka lakukan dan salah guna kuasa.

Ini terbukti setelah kejatuhan kerajaan lama, lembaran kesalahan pemimpinnya terbongkar satu demi satu, pada ketika itu dianggap perbuatan mereka tidak bersalah. Kalau ada pun pertuduhan, hilang begitu saja tanpa dibuat apa-apa pengadilan. Malahan keluarga mereka atau orang suruhan mereka (pemimpin ) tersebut, turut mendapat perlindungan atas segala kesalahan hanya dianggap fitnah.

Kesilapan itu cuba diperbetulkan oleh kerajaan Malaysia Baharu agar negara ini kembali ke landasan yang benar mengikut lunas undang-undang yang sedia ada.

Sebagai contoh di Sabah, terutamanya isu pelarian perang dan pendatang tanpa izin, dua perkara ini ada perbezaan yang mengelirukan orang ramai. Pelarian perang dari selatan Filipina kehadiran mereka di sini adalah rasmi yang perlu diurus mengikut Konvensyen antarabangsa, manakala pendatang tanpa izin masuk ke negeri ini secara haram yang di bawa oleh agen-agen sebagai buruh kasar atau tujuan yang lain. Pelarian tanpa izin (PATI) ini tidak dapat perlindungan di sisi undang-undang, perlu ditangkap dan dihantar kembali ke negara asal mereka.

Ramai orang awam yang keliru, bilamana kerajaan cuba membantu pelarian dan generasi mereka untuk mendapatkan hak mereka yang selaras dengan undang-undang, bayangkan menurut laporan RCI dari 70an sehingga 80an ada kira kira 75K dibenarkan tinggal di negeri, tentu sekarang jumlah mereka sudah berlipat ganda jumlahnya.

Perkara ini telah menjadi komplikasi yang serius, hanya boleh dibezakan dengan PTI kerana orang pelarian ini ada dokumen IMM13. Di kalangan Pelarian itu sendiri, berbagai ragam masalah timbul antaranya perkahwinan yang tidak didaftarkan, anak-anak mereka tanpa surat lahir dan berbagai masalah lagi.

Memandangkan isu ini semakin sukar kerana kerajaan terdahulu tidak mengambil berat dalam hal ini. Maka kini tiba masanya kerajaan Warisan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab cuba meleraikan permasalahan ini agar tidak menjadi barah untuk selama lamanya, tetapi dijadikan isu politik oleh pembangkang yang tidak  bertanggungjawab dengan motif agar rakyat keliru dan memandang serong terhadap kerajaan Warisan.

Akibatnya, orang ramai tentu percaya dengan isu yang di sensasikan oleh pembangkang kerana stigma dengan kerajaan lama yang sering menggunakan aparatur negara untuk mencapai kepentingan mereka.

Rakyat jangan terperdaya dengan dakyah pembangkang, berganding bahu lah dengan kerajaan untuk mengatasi sebarang masalah demi kebaikan bersama.

Rafidah Arkani
Ketua Wirawati Tenom




Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?