SISTEM 2 PARTI TIDAK SESUAI DI SABAH
Beredar cerita ada pihak mempromosikan sistem dua parti hanya di antara PH dan BN, manakala parti-parti yang ada bernaung menyertai PH atau BN seperti amalan di negara-negara maju misalnya di Amerika hanya Demokrat dan Republikan.
Sistem dua parti ini masih belum sesuai di Malaysia terutama bagi Sabah dan Sarawak kerana kedudukannya adalah istimewa berbanding negeri di Malaya, kerana dalam tengah memperjuangkan hak nya sebagaimana yang terkandung di dalam MA63 dan tuntutan yang lain.
Bila kita (SS) bersetuju dengan sistem ini, dengan tidak disedari semua tuntutan kita akan terjejas kerana di negara ini hampir semua keputusan dipengaruhi oleh parti politik umpamanya era BN semua keputusan tertakluk kepada keputusan UMNO secara kebetulan perdana menteri nya adalah presiden parti itu.
Dulunya Sabah dan Sarawak kehilangan kuasa politik tawar menawar di bawah BN. Namun tidak seperti sekarang, parti Warisan dan pembangkang Sarawak tiada kaitan langsung dengan BN atau PH hanya bekerjasama secara teknikal tetapi tidak pada prinsipal. Mengambil contoh era Barisan Nasional hampir semua keputusan mengikut rentak UMNO, manakala parti komponen yang lain hanya menerima arahan saja.
Pengalaman yang lepas, Barisan Nasional didominasi oleh UMNO yang dipimpin oleh golongan elit hanya memilih orang yang mengikut telunjuk mereka dari jemaah kabinet Persekutuan sehinggalah ketua menteri.
Saya amat bersetuju dengan Pandangan DDJK menolak kempen sistem dua parti ini.
MOLLY LIPS
NEW YORK
Comments