ISU PTI TANGGUNGJAWAB BERSAMA PEMIMPIN SABAH



Setelah saya membuat posting kewajaran kerajaan membuat regularsasi (Pemutihan) ramai yang memahami tetapi tidak kurang juga mempersoalkan dengan berbagai alasan diantaranya faktor keselamatan dan motif politik.

Faktor keselamatan mungkin tidak timbul kerana setakat ini keadaan masih terkawal kadar jenayah masih di tahap selamat dan anggota keselamatan cukup untuk mengawal keadaan yang tidak di ingini. Namun ada juga membuat propaganda kononnya PTI satu ancaman, mereka itu akan membantu jika ada serangan sulu Filipina seperti di Tanduo dulu tetapi bahagian perisikan keselamatan tidak dapat mengesan setakat ini.

Walaupun perkara ini tidak benar tetapi telah dipolitikkan bahawa pemutihan ini adalah taktik kerajaan mempertahan kuasa politik kerana PTI ini akan didaftarkan sebagai pengundi pro kerajaan.

Stigma ini telah melekat di minda rakyat Sabah, kerana punca kejatuhan kerajaan PBS pada 1994 adalah faktor undi PTI yang diberi mykad seterusnya didaftar sebagai pengundi yang sah, dari sini lah rakyat fobia setiap kali mendengar isu PTI sehingga ada desakan untuk membentuk RCI mykad, tetapi tidak ada berkesudahan untuk menjawab sejauh mana kebenarannya.

Di era Sabah Baharu pihak JPN, SPR dan imigresen telah mengeluarkan kekerapan laporan atau memberi akses kepada orang ramai untuk menyemak berapa ramai pemohon mykad setiap waktu, jumlah pengundi dan kemasukan orang asing di negeri ini.

Kerjasama orang awam amat diperlukan untuk melapor jika ada di mana PTI ini berada.

MOLLY LIPS

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?