RAKYAT SABAH RUGI JIKA PEMIMPIN TIDAK BERSATU



Sejauh manakah dalamnya regu kerjasama di antara Warisan dan Bersatu sedangkan antara lain kedatangan parti dari seberang itu untuk memperkukuhkan bukan merampas kuasa dari Warisan menurut pengerusinya Tun Dr.Mahathir.

Malangnya, sejak pengisytiharan Bersatu bertapak di negeri ini, tidak ada tanda-tanda kerjasama di antara ke dua parti ini, malahan ada unsur-unsur pergeseran kerana apabila melihat kelibat ketua penyelarasnya Hajiji Hj.Nor kurang mesra dengan Warisan.

Sampai ke saat ini, belum ada pertemuan secara rasmi untuk membincangkan strategik untuk menghadapi pembangkang yang kian hari mengganas menabur fitnah pada kerajaan negeri, tetapi kelihatan Bersatu Sabah menaruh niat jahat turut menyerang kerajaan negeri dengan berbagai isu dan belum menunjukkan komitmen yang serius sebagai contoh PRK Sandakan batang hidung Bersatu tidak kelihatan, malahan menurut sumber melarang ahlinya membantu PH untuk memenangi pilihanraya kecil itu.

Tanda-tanda awal bakal kecelaruan politik Sabah akan berulang kembali seperti di era USNO-BERJAYA, tidak ada kerjasama hanya di peringkat persekutuan saja. Ini sudah pasti kerana berulang kali Warisan menyatakan pendiriannya bahawa hanya akan dapat bekerjasama di peringkat pusat.

Perkara ini akan membawa masalah besar, jika tidak ditangani dengan baik. Tentunya akan merugikan Warisan dan Bersatu, yang akan mendapat keuntungan adalah pihak pembangkang atau pun akan berulang zaman Usno/berjaya berakhir dengan kemenangan PBS.

Walau bagaimana pun, adalah terlalu awal meramalkan situasi politik Sabah dalam tempoh empat tahun lagi, apa yang akan bakal berlaku.

MOLLY LIPS
NEW YORK

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?