JAWAPAN KEPADA TS PANDIKAR AMIN




Sejak kerajaan kleptokrasi digulingkan oleh rakyat, tidak timbul cerita lama sebagaimana yang cuba disensasikan oleh seorang mantan speaker dewan rakyat untuk mengalih pandangan agar tertumpu kepada parti USNO yang diberi nafas baru untuk menarik perhatian orang ramai.

Sekarang ini Malaysia baharu ada pendekatan, tentunya berlainan kerana akses dengan kerajaan Persekutuan adalah terbuka, boleh membincangkan apa saja  isu sensitif sekali pun boleh didebat secara kekeluargaan melalui jawatankuasa khas kabinet. Jawatankuasa khas ini adalah satu petanda penghormatan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak untuk menyalurkan apa saja kemusykilan berhubung tuntutan hak negeri menerusi MA63 dari hati ke hati, jauh sekali untuk berkonfrantasi.

Perkara ini tidak boleh disamakan dengan era Barisan Nasional, tentu sekali tuntutan ala konfrantasi kerana akses kita (Sabah) dengan Persekutuan adalah terhad pada waktu itu, kita dipandang seolah olah sebagai pembangkang dan di pandang remeh.

Tentulah setiap perundingan tidak semua kehendak kita terpenuhi dan tidak juga semua hilang sampai berputih mata, tetapi suasana situasi menang - menang untuk mencapai keadilan kedua pihak dan tidak timbul perasaan tertekan yang boleh menjadi barah satu hari nanti.

Kejayaan kerajaan negeri pertama adalah persetujuan dengan Persekutuan membawa usul ke dewan rakyat pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan sebagai satu permulaan, tetapi gagal tidak mencapai ⅔ menyokong usul ini terutama wakil dari Sarawak kerana mereka masih bermentaliti pembangkang.

Pendirian Warisan komited terutama semasa kempen pilihanraya yang lalu yang mana menuntut di antaranya cukai 40% dikembalikan, royaliti minyak 20% dan pembangunan wilayah seimbang. Sebagai bukti, namunpun pindaan Perkara 1 (2) gagal diluluskan tetapi jawatankuasa khas terus berfungsi untuk mencari pendekatan dan merapatkan perbezaan di antara negeri dan Persekutuan.

Sabah tentu sekali tidak berganjak dengan tuntutan prinsipal tetapi hal yang lain kita (Sabah) akan akur dengan memberi pertimbangan atas kemampuan Persekutuan dalam konteks persefahaman akan menunaikan bila sudah sesuai dengan keadaan.

Kelantangan pemimpin Warisan seperti dakwaan oleh pihak luar terutama kepada V. K. Liew dan Darell Leiking  yang kononnya berdiam diri menuduh mereka ini sudah termakan dedak, andaian ini tentu sekali satu kesilapan bukan bermakna mereka diam tetapi mereka berdua adalah anggota jawatankuasa khas kabinet itu yang bertanggungjawab menyelaraskan dan mengembilkan hak Sabah yang perlu dikembalikan mengikut yang dipersetujui oleh jawatankuasa khas tersebut.

Pendekatan Warisan dalam segala hal adalah berbeza dengan Barisan Nasional yang terikat dengan kerajaan Persekutuan secara kebetulan perdana menterinya adalah dari umno, tetapi Warisan lebih mandiri terutama dalam kontek membuat keputusan politik, langsung tidak boleh dipengaruhi oleh Pakatan Harapan.

MOLLY LIPS
NEW YORK

Comments

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?