HAJIJI BOHONG UMNO SABAH MASIH RELEVAN
KOTA KINABALU: UMNO Sabah menafikan yang parti tersebut dikuasai oleh penyakit sindrom penafian apabila sebilangan ahlinya melompat menyertai parti lain selepas PRU ke 14.
Pengerusinya Dato Sri Bung Moktar Radin ( gambar) berkata memang terdapat segelintir ahli parti yang mengikut pemimpin masing- masing menyertai parti lain terutamanya parti BERSATU namun,ianya tidak menjejaskan kedudukan Umno di negeri ini.
“ Kita akui ada ahli Umno menyertai parti lain khususnya parti BERSATU kerana terpengaruh dengan pemimpin mereka masing masing yang tidak berintegriti dan memiliki prinsip perjuangan dan lebih mengutamakan kepentingan peribadi” katanya ketika ditemui di sini dan diminta mengulas kenyataan Ketua Pimpinan BERSATU Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor di media ahad lepas yang mendakwa UMNO Sabah dikuasai penyakit sindrom penafian kerana kehilangan ahli yang menyertai parti BERSATU
Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno bukan sahaja segelintir pemimpin UMNO Sabah yang melompat menyertai partI BERSATU malahan dokumen dokumen rasmi pejabat UMNO di beberapa bahagian termasuk daftar keahlian ahli parti pun mereka bawa melompat bersama.
“ Tidak mustahil ahli-ahli yang didaftarkan dalam parti BERSATU adalah ahli-ahli UMNO yang terdapat dalam senarai keahlian UMNO di bahagian masing-masing sebelum ini, jika tidak dari mana mereka mendapat ahli sejumlah yang dinyatakan sedangkan ketika mereka ( pemimpin) UMNO yang melompat ke parti BERSATU, ahli UMNO diperingkat akar umbi tidak dimaklumkan malah ada pemimpin lain terlibat tapi mereka sedar matlamat sebenarnya yang akhirnya mereka bertahan berjuang bersama parti UMNO” jelas Bung.
Tambah Bung UMNO Sabah masih kukuh setelah pemutihan dilakukan , masih ada ahli-ahli yang setia di peringkat akar umbi bersama meneruskan perjuangan UMNO, mereka sebenarnya adalah pejuang sejati berprinsip dan bermaruah meskipun mereka tidak memiliki apa apa jawatan atau kedudukan tapi masih setia bersama Umno berbanding dengan pemimpin UMNO yang melompat parti yang kufur nikmat terhadap jasa dan sumbangan UMNO selama ini.
“ Jika kita menghadapi masalah keahlian UMNO tidak mungkin kita dapat mengadakan mesyuarat perwakilan di beberapa bahagian yang telah bersidang dengan jayanya, malah ahli yang hadir yang tidak diberikan sebarang imbuhan tapi mereka masih setia berjuang bersama-sama UMNO” tambah Bung.
Menurut Bung lagi kehadiran ahli-ahli UMNO di setiap mesyuarat perwakilan bahagian yang telah diadakan membuktikan sokongan mereka masih padu kepada perjuangan UMNO dan ini menafikan ahli UMNO menolak pemimpin UMNO Sabah kerana penyalahgunaan kuasa dan korap sebagaimana dakwaan Hajiji
“ Siapakah yang beliau ( Hajiji) maksudkan pemimpin UMNO Sabah yang ditolak oleh ahli UMNO Sabah kerana penyalahgunaan kuasa dan korap apakah ianya merujuk kepada Bekas Ketua Menteri Sabah yang juga Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Tan Sri Musa Haji Aman yang belum pun dibuktikan di mahkamah bahawa beliau terlibat dengan rasuah? Soal Bung.
Sebaliknya Bung berkata sebilangan pemimpin UMNO Sabah yang melompat ke parti BERSATU kerana menyelamatkan kedudukan mereka daripada sebarang tindakan.
“ Kita maklum semasa berada dalam UMNO mereka (pemimpin) banyak mendapat keistimewaan dari UMNO malah diberikan kuasa sebagai menteri dan lain-lain, justeru jalan selamat memilih bersama-sama kerajaan bagi mengelak sebarang tindakan” katanya.
Mengenai dakwaan Hajiji UMNO Sabah gagal memainkan peranan bagi membantu kemenangan calon PBS semasa (PRK)Parlimen Sandakan ,Bung yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan berkata (PRK) Parlimen Sandakan bukanlah kayu pengukur kekuatan UMNO di Sabah ini disebabkan UMNO sendiri tidak pernah bertanding di kawasan Parlimen Sandakan .
“ Semua maklum Parlimen Sandakan adalah kawasan DAP , kehadiran UMNO pada (PRK) Parlimen Sandakan hanya membantu parti PBS dari blok pembangkang, ianya tidak wajar dijadikan kayu pengukur kekuatan UMNO di Sabah, jika Hajiji ada keraguan tunggu sahaja pada PRU akan datang ,Ahli UMNO akan bangkit semula menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan yang tidak memenuhi janji malah membawa banyak kesengaraan kepada rakyat” jelas Bung.
Comments
ayo daftar di agen365*com :D
WA : +85587781483