SYARAT PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN SABAH HARUS DIKAJI SEMULA




Pendidikan mencorakkan bentuk rupa masyarakat kita di masa depan, makanya kerajaan Warisan menyedari hakikat ini dan memberi komitmen yang tinggi dengan kemajuan pendidikan anak-anak Sabah di semua peringkat.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, kerajaan Warisan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM238.37 juta untuk pembangunan modal insan, keagamaan dan infrastruktur sokongan berkaitan pada tahun 2019.

Kesungguhan kerajaan Warisan dalam agendanya untuk membangunkan modal insan ini juga dibuktikan dengan tindakan mengujudkan Kementerian Pelajaran dan Inovasi.

Kementerian ini akan merangka dasar, strategi serta melaksanakan program pembangunan untuk menambah baik dan meningkatkan lagi tahap pelajaran dan pendidikan di Sabah.

Keperihatinan dan kesedaran Datuk Seri Shafie Afdal betapa pentingnya pendidikan bukan hanya sekadar sebagai tenaga memordenisasi negeri, selain itu mengeluarkan rakyat dari kepompong kemiskinan.

Kerajaan Warisan telah menyediakan biasiswa pada tahun ini sejumlah RM52 juta berbanding kerajaan Barisan Nasional, jauh lebih sedikit selain bantuan one off sejumlah RM10 juta pendahuluan kepada mahasiswa yang diterima di IPTA/S. Selain itu, kos pendidikan anak-anak Sabah diperkukuhkan oleh Yayasan Sabah untuk menawarkan biasiswa pinjaman dan berbagai bantuan lagi.

Menurut Ketua Menteri, fungsi asal penubuhan Yayasan Sabah perlu dikembalikan untuk kebajikan sosial, pendidikan dan kesihatan luar bandar yang selama ini telah melencong dari tujuan asalnya dijadikan medan untuk mencari kekayaan untuk poket sendiri.

Dengan adanya pentadbiran baru Yayasan Sabah ini, perlu lah mengkaji kembali dasar-dasar tinggalan kerajaan terdahulu, kerana ada beberapa kelihatan tidak adil kepada semua kerana hanya memberi tumpuan kepada pencapaian akademik dan jurusan tertentu saja yang diberi layanan istimewa. Faktor lain juga perlu diambil kira, kedudukan ekonomi keluarga dan memberi keadilan kepada etnik-etnik yang tertinggal jauh dari kemajuan bandar.

Sejak kebelakangan ini banyak rungutan masyarakat kerana Yayasan ini tetap meneruskan dasar-dasar lama, ramai pelajar-pelajar dan ibu bapa merasa kecewa terutama golongan miskin dan pelajar luar bandar, ada yang terkandas tidak dapat melanjutkan pendidikan kerana menurut sumber dalaman Yayasan ini kekurangan dana hanya segelintir saja berjaya dianugerahkan biasiswa dan pinjaman dengan syarat yang ketat. Menurut seorang ibu bapa pelajar, jikalau ingin membuat pinjaman dengan Yayasan ini, perlulah memenuhi syarat jaminan umpamanya mencagar harta yang berharga (tanah) atau penjamin yang mempunyai pendapatan (gaji). Dasar ini adalah tidak mesra rakyat kerana ada di kalangan ibubapa tidak dapat memenuhi syarat ini sedangkan banyak pilihan untuk dijadikan syarat. Perlu difahami hasil pendapatan Yayasan ini adalah sebahagian besar dari konsesi kayu balak yang diperuntukan dengan tujuan pembangunan sosial dan pendidikan, ianya tidak boleh disamakan dengan Tabung Pendidikan Nasional kerana sumbernya cukai dari rakyat.

Jikapun Yayasan Sabah ingin meneruskan dasar ini sebagai jaminan agar peminjam membayar balik pinjaman mereka, banyak pilihan boleh dibuat umpamanya menahan ijazah pelajar atau mengenakan hukuman mandatori terhadap ibubapa pelajar jika gagal membayar balik pinjaman mereka.

Yayasan ini wajar diselaraskan dengan saranan ketua menteri Sabah yang ingin melihat taraf pendidikan anak-anak Sabah setanding dengan negeri-negeri di Malaya.

Soraya Kigis
Kota Kinabalu Sabah

Comments

terserah said…

ayo daftar di agen365*com :D
WA : +85587781483

Popular posts from this blog

5 FAKTA DARI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

PEGUAM WANITA SABAH MOHON PAS KELUAR DARI SABAH

MUSA AMAN MAHU SERTAI BERSATU?