Posts

Showing posts from December, 2019

OTAI REFORMASI SABAH,BELAJAR MERANGKAK DAHULU BARU BERLARI

Image
Kenyataan dikeluarkan oleh Sangkar Rasam yang menamakan dirinya Pengerusi OTAI Reformis 1998 Sabah telah saya baca dan saya simpulkan sebagai kenyataan yang penuh jenaka. Jenaka pertama, siapa Sangkar Rasam? Beliau merupakan seorang penjilat BN tegar sehingga tahun 2017 yang lalu. Hanya menyertai parti pada 2018 , selepas 19 tahun peristiwa Reformasi berlaku dalam negara. Maka ketawa besar saya setelah dia mengaku sebagai Otai Reformis! Jenaka kedua, Sangkar menyifatkan kenyataan YB Zuraida Kamaruddin sebagai angkuh hanya kerana mengkritik pimpinan parti. Kita maklum dalam parti lama Sangkar, budaya menegur memang dianggap sebagai pengkhianat dan akan dikutuk. Kami tidak lupa, kerana itulah rakyat menolak BN pada pilihanraya lalu. Jenaka ketiga, jika Sangkar ingin tahu definasi barah ianya ialah sekelompok manusia yang mengelilingi Presiden parti dan mempengaruhinya untuk membuat banyak keputusan yang mengecewakan akar umbi. Antaranya ialah memberi kelulusan khas untuk bertanding dalam...

AUTONOMI UMNO SABAH HANYA RETORIK POLITIK BUNG MOKHTAR

Image
Setelah 60 Tahun memegang dan memerintah Malaysia akhirnya kekalahan PRU lepas membuahkan hasil kepada UMNO sabah mendapatkan Autonomi Sabah. Persoalanya kenapa baru sekarang? Dimana kekuatan semasa menjadi kerajaan. Datuk Bung Mokhtar khilaf semasa menjadi Yang Berhormat atau Yang Berkerja. Dan setelah BN-UMNO tersungkur dengan bangganya mereka mengumumkan Autonomi UMNO Sabah. Angguk-angguk geleng-geleng sewaktu menjadi pemerintah tanpa memperjuangkan Autonomi Sabah asal kenyang sendiri. Adakah rakyat Sabah harus percaya sekali lagi dengan janji-janji mereka? 60 tahun kita hilang keistimewaan MA63... Pemimpin BN-UMNO hilang arah kerna selesa dengan kedudukan mereka. Jika dilihat PAU yang baru-baru ini berjalan dan sedang berlangsung impaknya tidak lah terlalu kuat biarpun BN-UMNO Cuba mengetengahkan orang-orang muda. Jika dari dahulu Datuk Bung Mokhtar mempertahankan dan menagih Autonomi sewaktu menjadi kerajaan rasanya beliau boleh menjadi superhero seperti dalam filem animasi. T...